Saturday, August 09, 2008

Najib mahu semua jentera pindah ke Permatang Pauh.

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota parti di bahagian Permatang Pauh menumpukan sepenuh perhatian kepada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu pada 26 Ogos ini.

Beliau berharap mereka mengetepikan masalah dalaman serta soal pemilihan parti di peringkat cawangan dan bahagian bagi memberikan fokus kepada pilihan raya kali ini.

Katanya, 43 cawangan yang belum lagi mengadakan mesyuarat agungnya boleh melaksanakan mesyuarat itu selepas pilihan raya kecil tersebut selesai kelak.

"Masa sekarang ini ketepikan segala permasalahan dalaman, jangan fikir soal pemilihan dalam bahagian, mereka mesti memikirkan tentang pilihan raya kecil Permatang Pauh sahaja dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas menemui jentera pilihan raya Umno Permatang Pauh di sini hari ini.

Sebanyak 48 daripada 92 cawangan Umno di bahagian Permatang Pauh telah mengadakan mesyuarat mereka dan proses memberi lanjutan masa untuk 43 cawangan lagi bermesyuarat dibuat mengikut peruntukan perlembagaan dan peraturan parti, katanya.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Noraini Ahmad; Naib Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib berkata, dalam pertemuan dengan jentera parti dan pemimpin Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri serta jawatankuasa pengurusan Umno Pulau Pinang, beliau mengarahkan mereka memulakan persiapan jentera pilihan raya dengan segera.

-mSTAR Online

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?