Saturday, August 09, 2008

Presiden PAS di Pulau Pinang esok

PULAU PINANG, 9 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijemput khas memberikan penerangan berkaitan isu yang melanda dalaman parti sempena program Lajnah Memperkasaan Parti Negeri Pulau Pinang yang bakal diadakan di Recsom, Glugor pada 10 Julai (esok).

Menurut pengarah program, Razif Mohd Noor, lajnah yang dipengerusikan oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa itu akan diserikan dengan pembentangkan kertas kerja bertajuk 'Memperkasakan Peranan Parti dalam Pakatan Rakyat di Negeri Pulau Pinang' oleh Dr. Mujahid sendiri.

Selain itu, program tersebut juga akan mendengar pandangan dan buah fikiran ahli berkaitan tanggungjawab PAS mendekati masyarakat, halangan yang ditempuhi serta beberapa kritikan terhadap daya kepimpinan yang memacu hala tuju PAS Negeri.

"Kita mengalu-alukan kehadiran semua kepimpinan cawangan, kawasan, dewan-dewan serta perhubugan untuk mendengar maklumat terkini dan isu yang melanda PAS hari ini.

"Program itu nanti diharapkan dapat mengajar kita untuk menjadi kerajaan dan bukannya pembangkang semata-mata," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Bayan Baru.

Sementara itu,Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man dijangka membentangkan halatuju PAS serta matlamat PAS dalam Pakatan Rakyat walaupun ia tidak tersenarai aktif dalam pakatan di sini.

"Tidak dinafikan ada sesetengah ahli PAS tidak puas hati terhadap Pakatan Rakyat kerana seolah mengenepikan peranan PAS di negeri ini namun yakinlah ada ruang lain yang PAS boleh salurkan mesejnya," tambah Razif.

Program tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. - mks._

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?