BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos (Bernama) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan bahawa terdapat 13 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat.
"Saya nak beritahu, tak ada sebenarnya (yang lompat parti)," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina di Kampung Sungai Lembu, di sini.
Isnin, Jeffrey semasa menyampaikan ceramah di Jalan Berapit mendakwa 13 anggota Parlimen dari Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Najib, yang juga Timbalan Pengerusi BN, turut menolak dakwaan terdapat anggota Parlimen BN dari Sarawak yang akan melompat parti.
"Tiada katak di Sabah dan tiada katak di Sarawak," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan mana-mana pihak yang mendakwa terdapat anggota Parlimen BN yang akan bertindak keluar parti.
Sementara itu, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin menganggap dakwaan yang dibuat Jeffrey itu adalah sebagai "serkap jarang" dan peperangan psikologi yang dilancarkan bagi memancing undi di Permatang Pauh.
"Ini merupakan perang psikologi mendesak pengundi berpihak kepada mereka (PKR). Kalau betul ada, jangan hanya menyebut jumlahnya tetapi senaraikanlah juga nama-nama mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di jentera pilihan raya kecil Umno cawangan Taman Pauh di sini Selasa malam.
Katanya dakwaan itu yang melibatkan dua anggota Parlimen dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno adalah tidak akan berlaku.
"Saya tidak percaya ia akan menjadi kenyataan, itu adalah isyarat untuk mengelirukan pengundi kerana mereka pernah mengeluarkan kenyataan yang sama tetapi tidak satu pun betul," katanya.
Sementara itu, ketika melawat bilik gerakan BN di Tanah Liat, di sini, Najib meminta jentera BN untuk berusaha lebih gigih bagi menarik sokongan pengundi terhadap parti itu.
Beliau berkata ketika ini sudah ada tanda-tanda berlakunya perubahan sikap di kalangan pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh dan inisiatif perlu diambil untuk terus mendapatkan kepercayaan mereka kepada parti.
"Orang kata kita sedang melawan gajah tetapi gajah tidak sentiasa menang dan kita perlu berusaha supaya perkara yang selama ini dianggap mustahil oleh sesetengah pihak akan bertukar menjadi kenyataan iaitu BN mencapai kejayaan," katanya.
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan peletakan jawatan anggota Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding di situ.
Pada pilihan raya kecil itu, penasihat Parti Keadilan Rakyat itu ditentang calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).
TP - aku pun nafikan jugak 13 Ahli Parlimen BN Sabah sertai PKR sebab apa yang aku tau sebenarnya lebih dari 13 Ahli Parlimen Sabah yang bakal sertai bukan saja PKR tapi juga PAS & DAP.kenyataan Najib tu tepat sekali... bukan 13 tapi lebih dari 13 & bukan saja PKR tapi jugak PAS & DAP.dalam bahasa mudah - LEBIH DARI 13 AHLI PARLIMEN SABAH, SARAWAK & SEMENANJUNG bakal sertai Pakatan Rakyat.
Hang gegar kepala lutut ke Najib?
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?