Wednesday, August 20, 2008

Say Fool: Allah s.a.w??? Mamat ni gila ke?

Paparan imej di atas merupakan transkrip emel yang dikirim oleh Saiful Bukhari Azlan sehari selepas beliau membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, seorang warga emas yang mengalami sakit tulang belakang.

Baru-baru ini, Saiful Bukhari yang cukup dikenali sebagai seorang kasanova sewaktu di kampus telah meminta tuhan melaknat dirinya dan keturunannya seandainya apa yang didakwa oleh beliau (bahawa dirinya telah diliwat oleh seorang warga emas yang menderita sakit tulang belakang) adalah tidak benar.

Ketika melafazkan sumpah (sambil memegang kitab suci Al-Qur'an dengan tangan kiri!), Saiful Bukhari telah tersasul sejak dari awal dengan mencampur-adukkan lafaz "wallahi, wabillahi, watallahi" dengan lafaz yang berbeza. Saiful Bukhari juga kelihatan keliru dengan tarikh sebenar dakwaannya diliwat. Mana satu yang betul: 26 Ogos atau 26 Jun?

Berbalik kepada transkrip emel yang dipaparkan di atas, Saiful Bukhari jelas keliru dengan kata-kata pujian ke atas tuhan yang esa. Apakah layak Allah didoakan dengan salawat dan salaam? Saya kira Allah itu Maha Agung dan Maha Besar serta tidak layak bagi-Nya didoakan dengan salawat dan salaam oleh seorang hamba yang diciptakan-Nya sendiri.

Ketika menonton siaran sumpah yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari tempoh hari, saya terus teringatkan transkrip emel ini. Dan saya tidak terkejut bilamana Saiful Bukhari sendiri keliru dengan lafaz sumpah beliau kerana hakikatnya, beliau juga tidak tahu menghormati nama tuhan yang menciptakannya!

TP - ni pertama kali yang 1st aku tengok orang gunakan kata pujian *s.a.w* pada Allah...biasa orang pakai Allah s.w.t Mat Say Fool ni pi tibai *s.a.w* pulak dah... UNITEN fail dengan bergaya... Bab agama pulak lagiiiiii la bergaya gagal... aku pun jahil jugak, tapi tak la sampai tahap nak guna kata pujian untuk Allah pun tak tahu... ish ish ish...

3 comments:

  1. salam bro...
    hang pon slh gak
    *** a.s tuh utk nabi n rasul selain nabi muhammad saw

    mcm nabi musa a.s, nabi isa a.s

    a.s tuh maksudnye alaihisalam

    bile sebut ALLAH, kite letak swt kat blkg
    ALLAH swt
    swt tuh maksudnye subhanahuwata'ala

    harap maklum

    ReplyDelete
  2. nasib hang tegur.

    dah di liquid paper kan.

    mekasih mekasih mekasih.

    ReplyDelete
  3. tuh la hang topeng..update blog memalam buta..mata pon dh kelabu...haha

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?