Katakan anda seorang pemimpin tertinggi PAS. Hobi anda pula ialah berjumpa dengan pemimpin tertinggi Umno, tak kisahlah dalam terang atau dalam gelap. Anda juga rajin bersidai dengan pak-pak menteri dari Umno.
Tak kisahlah kalau anda rajin sangat bersidai dengan pak-pak menteri Umno. Bersidai dalam terang. Barangkali, apa salahnya. Barangkali.
Persoalannya, adakah anda akan bercerita begitu banyak perkara kepada para pemimpin Umno yang anda temui? Adakah ramah sangat mulut anda berbicara sehingga tak sedar terlalu banyak cerita dan maklumat yang anda tuangkan ke dalam telinga dan peti muslihat mereka?
Tidakkah anda terfikir betapa terkejutnya kawan-kawan lain, apabila kebetulan terserempak dengan pemimpin-pemimpin Umno berkenaan, mereka mendengar pula pemimpin-pemimpin Umno itu dengan bangganya bercerita tentang pelbagai cerita yang tak sepatutnya mereka ketahui mengenai PAS?
Mereka hanya mampu tersenyum sumbing...
(Hoi bakaq! Hang pun cerita macam-macam maklumat parti!!! Memang, saya bocorkan kerja dalam gelap. Kalau tak dalam gelap pun, kerja yang belum duduk sudah nak bersila. Belum ada keputusan mesyuarat PAS Pusat, sudah bertindak dahulu. Saya bocorkan perangai melawan keputusan parti. Saya bocorkan apa yang saya lihat membelakangkan parti. Atau pembohong).
~penarik beca
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?