Sunday, August 03, 2008

Zombi Umno di Permatang Pauh ?

Beberapa anggota UMNO bahagian itu menyusun bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO di pejabat parti itu di sini, hari ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu.
Umno yang menerima beberapa kali kekalahan berhadapan dengan PKR di Permatang Pauh masih mahu mencuba nasib entah buat keberapa kalinya !

Dulu pernah salah seorang zombinya mengamuk tendang ‘tong’ peti unti’ – kicked the bucket!

Ezam yang menawarkan dirinya (siap dengan sidang media!!) untuk bertanding menentang sifunya sendiri - Anwar ; di situ dan telah ditolak mentah-mentah , nampaknya tidak berselindung mendedahkan kemarahanya itu dengan mengeluarkan kenyataan memberi sokongan moral pula! :

Sementara Zombi Permatang Pauh , yang pernah tewas dua kali kepada Dr. Wan Azizah dengan majoriti 590 undi pada 2004 dan majoriti 13,388 undi pada pilihan umum yang lalu berkata :

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menang mudah jika bertanding pada pilihan raya kecil di situ kelak.

-ALHUSSEYN

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?