"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 23, 2008

Brahim Bodo..!

HULU KLANG 22 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 12 September lalu akan menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

Presiden Penajanya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan tersebut akan mempertahankan Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu sebagaimana termaktub di bawah Akta 153 sebagai Undang-Undang Tertinggi Negara (Supreme Law of The Land) dalam Perlembagaan.

Beliau menegaskan, pertubuhan itu yang berpaksi kepada perjuangan `Pribumi Perkasa Negara’ turut mendaulatkan asas-asas Perlembagaan yang sejak akhir-akhirnya telah diganggu-gugat.

-Utusan Malaysian Online

TP - Dulu ada yang tubuhkan PEKIDA dan tujuannya sama - untuk membela orang melayu dan agama Islam. itu kata-kata individu yang tubuhkan PEKIDA. sekarang pulak atas tekad yang sama, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia pulak ditubuhkan... apa rasionalnya aku tak faham...

Bagi aku penubuhan 1 lagi organisasi yang dasarnya sama dengan PEKIDA tak lebih dari membuktikan bahawa pertubuhan yang sedia ada (PEKIDA) seolah tak berfungsi. bila dah tak berfungsi maka ada yang hilang kepercayaan lalu ambik jalan pintas, tubuhkan 1 lagi pertubuhan dengan nama lain tapi dengan maksud yang sama.

Memang dari awal aku tak dapat nak terima PEKIDA dan begitu jugak pertubuhan baru ni, sikit tak menarik perhatian aku. bagi aku baik PEKIDA maupun pertubuhan baru ni, 2-2 assobiyah.

Tak tau lah agama Islam mana yang depa ikut. entah-entah depa baca kitab rasul melayu kot. tu yang kalut sangat nak pejuang bangsa melayu tu.

Persoalan dalam kepala aku dari dulu sampai sekarang dan masih tak berjawab ialah, bangsa melayu sekarang diancam oleh sape?

Aku berbangsa melayu, jiran aku beah kanan cina, belah kiri india, depan rumah aku cina dan india dan jugak melayu. petang-petang kami main badminton sama-sama.malam kalau masing-masing senang, kami pi minum teh tarik sambil sembang-sembang politik.melayu, cina, india sama-sama duduk semeja.

India depan rumah aku orang kuat MIC Kelang.tak pernah pulak aku nak bertumbuk dengan dia, padahal ideologi politk kami berbeza.cina sebelah rumah aku pulak none partisme.pun tak pernah pulak kami berselisih faham.

Hari sabtu dengan ahad cuti... jam 5 petang kami naik sebijik kereta pegi bazaar ramadhan beli juadah...aku puasa, yang cina dengan india ni tak puasa.tapi depa tak makan, minum atau hisap rokok pun masa lepak dengan aku waktu siang...

Geng-geng PEKIDA ngan Pak Brahim dok dekat negara mana? Zimbabwe ke?

Selamat berjuang untuk geng-geng PEKIDA dan jugak Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia. hangpa gaduh la puas-puas (nak gaduh ngan sape?), hangpa berjuang la sampai menang (sape pulak nak cabar depa nih?). aku nak pi sahur dengan Ah Yi ngan Selvy.

Hangpa bodo..!

- The End -

4 comments:

Anonymous said...

Alangkah baiknya jika DITUBUHKAN 1 PERTUBUHAN/ORGANISASI/PERSATUAN yang betul2 dapat membantu anak2 MALAYSIA (YG RAMAINYA, MELAYU) KELUAR DARI KEMUNGKARAN..1.PENAGIH DADAH 2.MAT2 REMPIT 3.BOHSIA 4.PENGHUNI/PENGUNJUNG LRG HJ. TAIB(MISALNYA) 5.PERASUAH 6.DLL LAGI.
...Sangat terharu hamba melihat SEORANG HAMBA ALLAH, PUAN (LUPA PULAK NAMANYA),YANG BERUSAHA MEMBELA ANAK2 MANGSA AIDS/HIV HASIL KEMUNGKARAN IBU/BAPA MEREKA (MELAYU)..fr.hazaharis@yahoo.com

Anonymous said...

Adehhh..

Pekida ka.. 3 line[jalur] Umno ka PPPM ka.. sumer tu bullshits arr nak selamatkan melayu.. FCUK betull arrr..

Oiii umno and melayu fighter konon.. meh mai PELITA jln ampang saturday nite.. lu org bleh tengok KETIAK & PUSAT anak melayu bersepah bulan puasa.. SO SIAPA YG BERSALAH TU.. cina ka??? endia ka??

tadik aku SAHUR kat pelita pun ado gak ketiak n pusat serta betis gebu melayu bersepah-sepah..

apsal la melayu-melayu umno ni tak pernah nak sedar..

nak jaga hak melayu or nak jaga hak poket kowang...

Anonymous said...

Pekuda sekarang nie nak berperang sesama melayu...jadi barua politik pihak2 tertentu & juga geng2 tarik kreta bank...

Anonymous said...

Aku cadang depa tubuhkan Persatuan Seangkatan Tunggul2 Bodoh Melayu UMNO atau PERSETUBUH lagi baguih..