"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 01, 2008

Dairi P-044: Masuk Markas UMNO/BN

Masa kat Matang Pauh, aku sempat masuk markas UMNO/BN.saje nak ambik feel...feel apa?saje nak tau kepala orang UMNO/BN ni macam mana... selalu aku dengar je orang cakap IQ depa ni tahap kindergarden, kali ni aku pi sendiri nak tau betol ke x.

Tengahari aku masuk (tak leh gitau post mana) memula sampai aku buat perangai gelojoh orang UMNO/BN la... pi kedarah dulu.makan memang sedap.maklumlah free.

Sambil makan aku tengok skrin (markas depa main wayang 24 jam) depa dok ulang sumpah Saiful... abis, ulang, abis, ulang... aku tengok Saiful macam dah penat sangat dok angkat sumpah tak renti-renti dalam tu.

Yang bestnya budak-budak muda macam tak layan sangat tayangan ulangan 24 jam tu, tapi pakcik-pakcik & makcik-makcik yang darah kaler biru tu... dengan mulut muncungnya tu... dengan bersungguh-sungguh dok sembang sama-sama dia... "kenapa la orang usah sangat nak percaya si nuar tu main belakang.ingat senang ke nak sumpah-sumpah ni???... aku tengok muka budak Saiful ni baiiiiiik sangat..."

Nah kau... aku diam je... ayam dah nak masuk 3 ketul... ah... sukati hangpa la... aku nak kedarah.

Lepas melantak aku himpit geng-geng pakcik-pakcik misai yang tengah sembang.aku pow depa rokok 4 kotak.rupa-rupanya kat sini mewah rokok.Dunhill 20 2 kotak, Surya 2 kotak... dapat lagi lighter dacing, air mineral dacing.dasaaat...

Sambil aku lepak sempat jugak aku usya strategi depa... tak banyak isu depa nak bawak.yang aku tau, memang depa bulat-bulat harap dekat isu liwat dengan isu EXCO Perak. dah basi dah aku jawab dalam hati.

Malam nanti depa nak sebar risalah.petang karang risalah sampai. dengar cerita banner pun ada jugak.depa print banner pakai lambang PAS.saje nak pecah belah Pakatan Rakyat.mampuih pi la depa.aku angguk je.

Yang lain-lain tak de yang best sangat.cumanya sepanjang aku lepak kat situ, aku macam bergaul dengan budak-budak kindergarden.betul cakap orang.

Gambar tak dak. aku masuk markas UMNO/BN member aku SB bawak. nak jadi SB tak leh bawak kamera.pakai baju kemeja, spek itam, bawak 1 notebook (buku nota/dairi bukan laptop), pikul beg atas belakang pas tu pen kena ada dalam poket kemeja.HP kene silent.

Dah... tu je yang aku boleh cerita.

1 comment:

Anonymous said...

Salam sedara Topeng Perak,

HAHAHAHAHA....

Mcm tak proaktif je bunyinye gaya diorg ni nak berkempen...

Lepak...Melangut...Tgu banner dtg.

Siarkan mende yg menjemukan tu berulang kali....

Aduhai....

Camni ke nak menang??

100 thun lagi blum tentu la Panji Keris tu leh dpt blik...