Wednesday, September 17, 2008

Hilang sokongan jika jadi PM lebih awal

IPOH 16 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengikut pelan peralihan kuasa sedia ada sekiranya mahu menerima sokongan daripada semua pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, tarikh peralihan kuasa itu telah dipersetujui semua pihak termasuk Majlis Tertinggi UMNO dan Jemaah Menteri.

"Apabila Najib menjadi Perdana Menteri, beliau mestilah kena dapatkan sokongan semua pihak. Jadi, kalau ambil alih sebelum tarikh itu tentunya ada yang tidak akan bersama dengan beliau.

"Mungkin nanti ada kumpulan yang setuju dan tidak mempersetujui langkah beliau (jadi Perdana Menteri lebih awal), maka lebih baiklah semua kumpulan mempersetujui dan beliau mendapat sokongan semua. Itu lebih baik," katanya.

-Utusan Malaysia Online

TP - Apela punya belit... wat susah-susah je nak susun ayat cantik-cantik... pakai short cut kan senang... dengan erti kata lain - Najib belum dapat sokongan untuk jadi PM... itu pun susah ke nak sebut??? ape la punya "Tuuurrrrrr...!!!"

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?