BOHONG..!!!Itu kerja pihak tak bertanggung jawab..!
Itu reaksi pertama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan ketika dihubungi untuk pengesahan dakwaan beberapa pihak bahawa beliau terlibat dalam mengetuai petisyen penduduk di Puchong meminta supaya azan subuh dikawasan tersebut diperlahankan.
Menurut Teresa, sekiranya beliau menerima dakwaan tersebut, perkara tersebut akan dirujuk kepada EXCO yang bertanggung jawab dalam hal ehwal agama Islam negeri ini.
"Jika betul saya ada menerima aduan tersebut, saya akan rujuk isu tersebut kepada EXCO berkenaan iaitu Datuk Dr.Hassan Ali yang menguruskan portfolio berkaitan hal ehwal islam di Selangor.
"Buat apa nak hantar petisyen kepada Datuk Satim Diman? Beliau (Datuk Satim Diman) tak ada kaitan dalam pentadbiran di Selangor, kenapa nak rujuk pada orang yang tak ada kaitan dengan pentadbiran?"
Teresa Kok yang juga ADUN Kinrara sebelum ini didakwa terlibat dalam mengetuai satu petisyen penduduk Puchong kepada Datuk Satim Diman meminta supaya azan subuh diperlahankan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam.(ini sah-sah kereje puaka-puaka UMNO/BN nih).
Teresa berkata dakwaan tersebut hanya satu pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggung jawab & bermotifkan politik.
"mereka sengaja menggunakan isu ini untuk mencaci serta memburukkan saya sebagai wakil rakyat DAP yang suka menimbulkan isu sensitiviti serta api perkauman.yang jelas, saya tidak pernah terlibat dalam isu tersebut & dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata".
Teresa seterusnya berkata, walaupun berlainan agama, beliau masih prihatin terhadap isu melibatkan agama serta perkauman ini.
Oleh itu Teresa mencabar pihak berkenaan agar tampil mengemukakan bukti berhubung tuduhan tersebut.
"saya ingin tegaskan disini bahawa saya tidak pernah menulis surat atau berjumpa sendiri dengan Datuk Satim Diman seperti yang diwar-warkan sebelum ini.
"Jika betul mereka mempunyai bukti mengenai dakwaan tersebut, dipersilakan tampil dengan bukti sebagaimana dakwaan" jelas Teresa lagi.
TP - Dah agak dah... yang main isu ni, puaka-puaka UMNO/BN... yang dituduh pulak, orang yang berlainan agama... tujuannya apa?
Tak lain tak bukan dalam Malaysia ni, ada orang Islam yang kerjenya nak menghancurkan Islam dengan menebar fitnah & tuduhan bersifat perkauman & keagamaan supaya orang Islam bersengketa dengan yang bukan Islam...
Kalau tengok pada konteks ni (tuduhan & fitnah direka oleh golongan yang beragama Islam) sah-sah puaka-puaka UMNO/BN ni "KAFIR LAKHNAT...!!!"
cayalah bro..terus selongkar kebengapan/ kebangangan/ kejahatan puak2 be end dan ameno nie..TQ!!
ReplyDeletepuaka2 umno/bn ni melayu x?kalo melayu cepat2 la mintak maaf..nanti nyusahkan Najib kene mintak maaf dari ovesi tu...huhu=)
ReplyDeleteIni semua kerja orang gila punyalah.
ReplyDeleteUMNO - BN sekarang gila meroyan, gila talak dan gila tak sudah-sudah.
Maaf ! nak tanya dari mana berita di atas ?
ReplyDeleteada link ke ?
Dah lama saya baca isu di atas, adakah ia baru dinafikan ?
Mohon jawapan...
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com
Panglima Perang Cyber - isu tu dah lama dimainkan tapi baru dinafikan oleh Teresa... beritanya dalam Sinar Harian Hari ni (sept. 08,2008) muka surat 2.
ReplyDeleteAzan hak umat Islam yang perlu dihormati
ReplyDeleteHerman Samsudeen
Tue | Apr 17, 07 | 3:20:50 pm MYT
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Ahli Parlimen DAP dari Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang masih lagi membangkitkan isu azan yang didakwa mengganggu ketenteraman masyarakat bukan Islam di negara ini.
Iklan
Perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen Kesebelas Penggal Keempat, Mesyuarat Pertama bertarikh 10 April 2007 bagi memperkukuhkan hujah untuk mewujudkan 'Interfaith Council' (IFC).
Walau bagaimanapun, Tan mengakui bahawa perkara ini dibangkitkan berdasarkan aduan seorang penduduk yang tidak puas hati dengan azan subuh di Taman Putera, Jinjang Utara pada hari tersebut. Adakah kerana kehendak seorang penyokong beliau, maka azan ini perlu diperlahankan?
Tan perlu memahami adat dan budaya semua kaum memandangkan beliau adalah seorang ahli Parlimen yang mewakili satu kawasan yang turut dihuni oleh umat Islam juga.
Wajib bagi beliau belajar untuk memahami budaya umat Islam sama seperti umat Islam memahami budaya masyarakat Cina yang melakukan banyak upacara yang boleh dikatakan mengganggu suasana siang dan malam kaum lain.
Sebagai contoh, upacara penghormatan bagi ahli keluarga kaum Cina yang meninggal dunia, acara Tahun Baru Cina yang dimeriahkan dengan persembahan gendang Cina, upacara meraikan pesta hantu dan sebagainya.
Umat Islam walaupun ada yang tidak puas hati dengan beberapa amalan kaum Cina tidak pula membangkitnya kerana memahami bahawa itu adalah adat kaum Cina yang harus dihormati.
Jadi DPPWP berasakan bahawa tiada sebab untuk Tan cuba menghalang azan dikumandangkan kerana ia ditujukan kepada umat Islam bagi memaklumkan waktu sembahyang dan mengajak mereka bersembahyang di masjid atau surau.
Ini adalah amalan agama umat Islam yang patut dihormati dan setelah 50 tahun negara merdeka kita sebenarnya telah menerima kontrak sosial ini secara bersama. Oleh itu tiada sebab untuk Tan cuba menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.
DPPWP akan mengaturkan satu pertemuan berupa dialog bersama Tan serta pimpinan DAP lainnya bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini secara baik. Demontrasi adalah satu pilihan jika isu ini gagal diselesaikan melalui dialog tersebut.
DPPWP mahu agar Tan menarik balik cadangan beliau agar daripada lima kali azan yang dilaungkan setiap hari, satu azan dilaungkan dengan perlahan agar tidak mengganggu kaum lain.
Beliau juga harus meminta maaf kepada umat Islam atas keterlanjuran desakan beliau yang didasari oleh kehendak seorang penyokong beliau yang tidak memaham amalan dan hak umat Islam.
Secara kesimpulannya DPPWP menolak cadangan Tan dan berharap agar pihak kerajaan tidak melayan permohonan beliau agar azan dikumandangkan dengan perlahan kerana ia adalah salah satu dari syiar Islam yang amat penting.
DPPWP juga berharap agar isu-isu berkaitan dengan agama dan amalan umat Islam atau agama lain tidak dibangkitkan atau dipertikaikan bagi mengelakkan perpecahan rakyat yang mengundang sengketa yang boleh merosakkan keharmonian negara.
Perbezaan pendapat dan fahaman agama adalah satu perkara yang kita harus fahami dan hormati.
Semoga hubungan antara kaum dan agama di negara dapat terus dijaga dan dipelihara bagi memastikan kelestarian hubungan yang harmoni dan keamanan negara dapat terus dikecapi hingga ke generasi mendatang. - lanh
* Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan _
anonymous - tak tau lah hang faham atau tak artikel kat atas tu... artikel kat atas tu berkenaan tuduhan terhadap Teresa Kok, yang hang pi attach pasal Tan Seng Giaw tu awat?
ReplyDeleteKalau baca berita Mc Donald, jangan la komplen Pizza menipu...
X kene tu...
korang yg alim alim baca tengok blog ni. Moga boleh hidayah...
ReplyDeletehttp://anginperubahan.blogspot.com/