Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah akan membalas hujah khusus untuk tertuduh ketiga, penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.
Perbicaraan ke atas Abdul Razak yang dibicarakan bersama dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) atas tuduhan membunuh Altantuya berlanjutan sehingga 145 hari termasuk prosiding hari esok. Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin.
Sebelum ini, Abdul Razak hanya mendengar hujah peguamnya, Wong Kian Kheong pada peringkat akhir kes pendakwaan. Tetapi esok, Tun Abdul Majid akan menghuraikan 'peranannya' dalam kes itu bagi menjawab hujah dan persoalan yang dibangkitkan pembelaan.
Pada 13 Ogos lalu, Kian Kheong memohon Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang didakwa membunuh Altantuya.
Dalam kes itu, Abdul Razak, 48, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan wanita Mongolia berusia 28 tahun itu di pejabatnya di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2006.
Azilah Hadri dan Sirul Azhar didakwa melakukan pembunuhan itu di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Pada tarikh lalu, Kian Kheong mempersoalkan tindakan pendakwaan yang dilihat mengemukakan bukti transaksi telefon bimbit untuk menunjukkan pergerakan Abdul Razak bagi membuktikan tarikh dan waktu yang tertera dalam kertas pertuduhan.
Niat pendakwaan itu pada persepsi Kian Kheong bertujuan menyokong keterangan bahawa dalam tempoh 36 jam pada tarikh kejadian, Abdul Razak memang berada di Kuala Lumpur.
Kian Kheong menganggap pendakwaan sengaja menggunakan kedua-dua nombor Abdul Razak untuk mengaitkannya dengan nombor tertentu yang berada dalam transaksi tersebut.
Umpamanya, nombor kekasih Azilah, Nor Azila Baharuddin telah berkomunikasi dengan dua talian lain iaitu 012-2132303 dan 012-3916082, kedua-dua talian milik Abdul Razak.
-Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?