KOTA BAHARU, 2 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Ketua Audit Negara menjelaskan takrif kemajuan dalam merumuskan bahawa aktiviti jabatan dan agensi kerajaan negeri itu bagi tahun 2007 tidak menunjukkan kemajuan ketara.
"Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ini dikira dari mana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan Ketua Audit Negara yang mendapati aktiviti jabatan dan agensi kerajaan Kelantan sepanjang tahun lepas, secara umumnya tidak menunjukkan kemajuan ketara.
Menurut laporan itu, masalah membabitkan kelemahan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terus berlaku yang membabitkan agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian, Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dan projek usaha sama Pembangunan Bandar Baru Tanah Merah.
Nik Aziz berkata kerajaan negeri sedia mengatasi semua kelemahan yang dikesan di jabatan dan agensinya.
Ketua Audit Negara sewajarnya menjelaskan takrif kemajuan dalam pandangan mereka,baru lah ada perbaikan bila ada masalahnya.Kerajaan negeri juga ingin tahu kayu ukur pada apa yang dikatakan kemajuan itu...apakah kayu ukur itu selari dengan nilai nilai murni islam.
ReplyDelete