Wednesday, September 17, 2008

Kickdefella Akhirnya Ditahan

Saya baru menerima panggilan dari seorang teman yang bekerja di Global Media Channel memberitahu bahawa Syed Azidi yang menggendalikan blog Kickdefella ditahan polis dibawah Akta Hasutan.

Saya kemudian menelefon Bariah Ishak isteri kepada Syed Azidi.

Bariah memberitahu bahawa sekumpulan polis dari Bukit Aman menahan Syed Azidi dirumahnya di Kota Bharu pada lebih kurang pukul 5 petang.

Sekumpulan polis tersebut memberitahu bahawa Syed Azidi ditahan dibawah Akta Hasutan berikutan dengan laporan polis yang dibuat terhadap blognya di Kuala Lumpur.

Beliau yang merupakan pengasas kepada Gerakan Bloggers United kini dibawa ke Kuala Lumpur.

[Laporan lanjut menyusul]

3 comments:

  1. salam...

    hang ni baru belajaq masok internet ka..??? baru nak tau urop kott..??? Dah tulis kat ataih nuu..Syed Azidi yang menggendalikan blog Kickdefella ditahan polis dibawah Akta Hasutan... Apa raa...baca la abeh2 baru tanya...

    ReplyDelete
  2. rilek2..
    jgn gaduh2,..

    kalau samses nak tau,..
    makluk nih ar yg terbalikkan
    bendera kat dlm blog dlu..
    ramai gak ar yg ikut..
    kecoh 1msia nih..

    even mende tuh salah..tp..
    aku rase..
    setiap org ade care dia tsendiri
    nak protes..

    and...u have to pay for it...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?