Wednesday, September 17, 2008

Operasi Lalang 2: Kickdefella Mangsa Ke-3

Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger Kickdefella itu ditahan di rumahnya.

kickdefella syed azidi syed abdul azizSyed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.

Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.



Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

"Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia," perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.



-malaysiakini

7 comments:

  1. bro tp,

    kickdefella kena tangkap sebab bendera Malaysia dia kibarkan terbalik.

    Engko kat sini, muka pak lah ngan najib ko terbalikan, kira boleh masuk Akta Hasutan ker?

    ReplyDelete
  2. er... x tau la bro... tapi klu dh depa nak ngap, apa carapun depa buat jugak...

    insya-Allah...

    ReplyDelete
  3. kau menggunakan hak kau... takkan tak boleh kot??

    ReplyDelete
  4. Saya ade dgr ttg kempen tu,tapi xtahu siapa yg memulakannya.

    Pada pendapat sya kempen tu menghina negara bukan UMNO, boleh dikategori sbg menghasut rakyat Malaysia membenci negara.

    Klu anak2 kita terpengaruh lalu kehulu-kehilir berbasikal dgn bendera terbalik,apa nak jadi??

    Gambar terbalik?? no komen!!,..
    tapi kenapa nak ambil risiko,..??!!

    ReplyDelete
  5. antisodomy - semua orang ambik risiko.bukan suka-suka ambik risiko, tapi untuk menyedarkan.

    ReplyDelete
  6. mengapa sering pemerintah tidak mengkaji sebab rakyat boleh hilang rasa hormat .. patriotisma akan hilang sebab kebobrokan pemimpin..

    ReplyDelete
  7. feninlalat - depa tak dak masa nak kaji benda-benda gitu... yang kene tangkap depa tuduh "komunis"... padahal yang bagi arahan supaya tangkap tu lebih dari komunis.

    -KERAjaan kukubesi

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?