"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 23, 2008

Kisah Mak Cu Timah

Hari Jumaat lepas, lepas sembahyang Jumaat, Pak Cu Razak dan Mak Cu Timah datang kerumah. Sejak pilihanraya lalu, depa dua orang ni langsung tak jenguk kerumah aku. Mungkin malu..mungkin serba salah.

Mak Cu Timah ialah Ketua Wanita Umno cawangan kat kampung aku. Masa berkempen dulu, aku kata Umno akan lingkup, dia kata pembangkang lagi teruk. Bila tiba hari mengundi, Umno menang kat tempat aku, tapi kalah peringkat negeri. Lagi teruk la sakit hati dia kat aku.

Tapi hari Jumaat lepas, dia tengah sesak. Mak mentua dia masuk hospital kat HUKM diKuala Lumpur. Nak pergi…dia tak berani bawa Toyota KE20 keKL. Takat bawa pucuk paku kepasar tani boleh la. Nissan Sunny aku pun lebih kurang macam tu jugak.. wiring dah kaput. Lampu tak bernyala, wiper tak bergerak.

“Tak kan tak ada orang lain kot?” aku tanya kat Mak Cu Timah.

“Deme tak reti jalan Kelumpo. Nanti sesat larat pulak, tup-tup lepas ke Seremban nanti.” jawab Mak Cu Timah.

“Tak kan tak pernah ke Kelumpo kot?” aku tanya.

“Banyak kali juge, tapi kat PWTC je. Tu pun ikut rombongan.” balas Mak Cu Timah.

“Tapi aku cakap betui la, Mak Cu. Aku bukan ada berduit!” aku cakap terus terang.

“Jangan risau le Mat..yang tu semua aku tanggung. Kami nak mintak kamu tolong bawak je.”

“Naik kereta sapa?”

“Nanti kami sewa kereta si Azmi tu.” jawab Pak Cu Razak.

“OK lah. Tapi hari ni dah lambat..nanti sampai sana dah malam. Esok..lepas bersahur kita bertolak.” Aku bagi tau. Punya la seronok depa.

Sabtu pagi, pukul 4 pagi depa dah sampai. “Hoi!! Mengapa awal sangat?” aku tanya.

“Semalam kamu kata lepas bersahur. Jadi lepas bersahur kami datang la.” jawab Mak Cu Timah.

“Mak Cu bersahur pukul berapa?” aku tanya.

“Pukul 3.00″

Memang susah nak berjanji masa dengan orang macam ni. Kata lepas Zohor, depa datang pukul empat. Kata lepas Isya’, silap-silap datang tengah malam.

Bila aku start enjin kereta, tengok-tengok minyak dah sampai “E”. “Ngape tak isi semalam? Pagi-pagi buta ni mana ada kedai minyak yang bukak!”

Terpaksa la tunggu sampai pukul 7 pagi, baru ada minyak. “Tiga puluh cukup ke, Mat?” tanya Mak Cu Piah.

“Ish!” kata Pak Cu Razak.”Sampai Sungkai cukup le.”

“Ngape mahai benor.” rungut Mak Cu Timah.

“Ini baru tau?” dalam hati aku.

“Kita ni nak terus keHospital ke Mak Cu?”

“Kita singgah dulu kat Bukit Subang. Sementara dah sampai Kelumpo, aku nak nengok adik aku kejap.” kat Mak Cu Timah.

Dari Kuala Kangsar sampai Jelapang..RM3.50. Dari Ipoh sampai masuk Lebuh raya Rawang-Shah Alam…aku pun dah tak ingat…lebih kurang RM20.00. Masuk Guthrie Corridor…RM1.40. Jalan lagi sikit..lagi RM1.40.

'Macam ini…naik bas lagi murah.” rungut Mak Cu Timah.

Sampai kawasan Bukit Subang, aku tanya kat Mak Cu Timah, ” Mak Cu tau ke jalan nak pergi rumah adik Mak Cu tu?”

Mak Cu Timah ternganga…”dah sampai ke? Mengape lain bebenor? dulu aku datang tak ada macam ini!”

“Mak Cu ada alamat dia tak?”

“Rumah setinggan mana ada alamat” jawab Mak Cu.

“Bila Mak Cu datang dulu?”

“Tahun 97!”

Aku boleh senyum saja la.

“Cuba kamu tanya kat orang pam minyak, kot-kot depa tau Rashid kerja guard.”

Aku geleng kepala. Macam mana dia ni boleh jadi Ketua Wanita Cawangan pun aku tak tau. “Kalau tanya Sheh Hasina Wajid mungkin la depa tau” aku bagi tau kat Mak Cu Timah.

Last-last…Mak Cu Timah surrender. “Jom kita ke hospital la”

Keluar Guthrie Corridor, masuk Lingkaran Tengah…RM1.60. Masuk Kesas highway kena lagi RM2.20. Jalan lagi sikit….lagi RM2.20.

“Macam ni nak bunuh orang!” kata Mak Cu Timah.

Sampai kat Awan Besar…aku masuk stesen minyak. “RM50.00 tadi dah habih dah?” tanya Mak Cu Timah. Dia keluar lagi RM50.00.

Sampai HUKM dah dekat pukul 11.00 pagi. Park kereta kat tempat parking, aku bagi tau kat Mak Cu Timah, pukul dua aku tunggu kat tempat letak kereta.

“Kamu nak kemana. Mat?” tanya Mak Cu Piah.

“Nak tidor”

“Kat mana?”

“Kat hotel atas tu. Ada air-cond.”

“Ada hotel jugak kat hospital ni?” tanya Mak Cu Timah. Macam tak percaya.

Aku naik ketingkat 7, Wad Sutera. Kat situ ada bilik tetamu..boleh lepak dengan aman. Kalau lepak kat bawah…guard asyik tanya pasai apa lepak kat situ. Tapi kalau lepak kat Wad Sutera…nurse pun tak berani tanya..sebab yang masuk wad tu semua yang banyak duit. kah..kah..kah.

Cukup pukul dua petang…aku pun balik kekereta. Tak lama kemudian, Mak Cu Timah dan Pak Cu Razak pun sampai. Dapat juga Mak Cu Timah berjumpa dengan adik dia, Rashid Guard kat hospital.

“Nak balik terus ke…nak pergi shopping dulu?” aku tanya kat Mak Cu Timah.

“Nak shopping amende? ” jawab Mak Cu.

Dalam perjalanan balik, Mak Cu Timah dah ready dengan duit tol. Kejap-kejap…duit. Kejap-kejap…duit.

“Kat kelumpo ni Mak Cu…nak kencing pun kena duit. kentut je free.” aku menyakat Mak Cu Timah. “Baik duduk dikampung…kurang-kurang pun dapat kain batik free.. rombongan pun tak berhenti..Kelantan…Langkawi.”

Pak Cu Razak diam kat belakang. Aku dah biasa dengan orang Umno kat kampong. Yang jantan takat bising kat kedai kopi. Balik rumah….takut bini.

Sampai Tapah….minyak dah sampai “E” lagi. Aku cakap kat Mak Cu Timah..” Isi dua puluh cukup le Mak Cu.”

Sampai kat rumah…Mak Cu Timah hulur kat aku dua puluh ringgit. Upah jadi drebar.

“Minta maaf la, Mat. Aku ingat pergi Kelumpo cukup dengan dua ratus. Rupanya…tiga ratus pun tak cukup. Minyak denga tol saja dah dua ratus. Sewa kereta lagi seratus. Tu pun nasib baik bulan puasa. Kalau tidak lagi rabak aku.” rungut Mak Cu Timah.

“Tu la… dok sokong Umno lagi buat apa.. bukan makin senang, tapi makin susah.” aku perli dia balik.

“Ish…tu di Kuala Lumpur je. Kat kampong tak da la susah sangat” jawab Mak Cu Timah.

Patut la dia dapat jadi Ketua Wanita Cawangan. Dulu, kini dan selamanya.

-PerakExpress

26 comments:

Anak Kuala said...

ko ingat Penipu Rakyat (PR) memerintah semua leh dapat free ke? pakai otaklah sikit. la nie kat negeri yang diperintah oleh PR pun semua benda kena bayor yob. kat pulau pinang pun parking kete pun kena bayo. takde yang free yob. kalau kerajaan langit mungkin kot free

Mr Joker said...

anakkuala - awat yang hang marah sangat? hang x dapat projek ka???

kah kah kah kah kah

amin alhafeez said...

mmg best citer nih.. mintk kbnrn nk letak dlm my blog:)

Anak Kuala said...

sebab bos ko tak bwak ko jadi budak bancuh kopi tu yang aku marah. ko kan jambu, bos ko mesti suka

Anonymous said...

wkahakhkahka, camni la suasana kat terengganu, sebabtu UMNO menang kat tganu,aku ada sedara JKK.cakap berdegar-degar,tapi time cakap bab infasli, layu jerk..kena tibai ngan aku,tu laa.dok bodo sokong UMNO.kehekheke

Mr Joker said...

amin alhafeez - sila sila... hakcipta tak terpelihara tu... cerita asal dari blog mat saman kati

anakkuala - terima kasih atas komen kebudak-budakan anda. semoga semua pembaca terhibur dengan lawak anda pada hari ini.

teruskan berlawak.lawak anda amat dialu-alukan disini.

:)

Mr Joker said...

asrol - aku ingat kambing pun blh jadi ketua cawangan... kah kah kah... asal blh ngembek, kira jadi..!

Anak Kuala said...

aku ada sedara kat perak masa lepas piliharanya ari tu. dia kata semua dapat free sebab negeri berkebajikan tapi bila nak masuk University kata nak bagi duit, habuk pun takde. tu la aku cakap dengar cakap Dajal buat apa (dajal tu kan mata satu - dah lebam satu tinggal satu je kemudian angkat tangan pulak).

Mr Joker said...

anakkuala - cerita "aku ada sedare kat bla bla bla..." dah muak dah aku dengar...

cari modal lain lak...

sblm tu pi tanya Pak Lah rege minyak bila nak turun? jadi ke turun rege minyak esok?

pas tu hang boleh menyalak puas-puas kat sini.

hang jadi pelawak jemputan khas Perisik Rakyat. servis hang aku tak bayar.sebab aku jalan sistem "kebajikan"

terima kasih atas komitmen hang.

:)

Anak Kuala said...

ko ingat minyak leh dapat kat tepi umah anwar ke yang senang senang je nak turun

Anak Kuala said...

Rumah Terbuka Anwar -Aidil Fitri 2007 : Mereka ini merupakan aktivis-aktivis NGO yang sentiasa mengelilingi Anwar dan sangat berpengaruh menentukan apa-apa keputusan yang bakal dibuat Anwar. Dari kiri, Lee Khai Loong (Ketua Koodinator Youth For Change-YFC-), Elizabert Wong (Aktivis Suara Rakyat Malaysia-SUARAM- dan Hak Asasi Malaysia-HAKAM-, sekarang exco kerajaan Selangor), Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM), Cynthia Gabriel (Aktivis SUARAM), Ketua Biskop Kristian dan Tian Chua (Aktivis SUARAM,HAKAM dan Ketua Penerangan PKR). Semua NGO ini ditaja oleh NED yang juga merupakan penaja utama Anwar - http://www.ned.org/grants/06programs/
grants-asia06.html#malaysia

Mr Joker said...

anakuala - ngko ingat minyak tu Barisan Nasional punya ke? ko ingat Allah bagi minyak tu untuk Barisan Nasional je ke?

ngko tak nak siasat ke sape kengkawan aku? ngko tak nak siasat ke akaun bank aku?

hehehe...

rumah aku kat australia ngko tak nak pi tengok ke?

Anak Kuala said...

ko pun tak nak siasat ke sape kroni aku. sape kat IOI tu ape yang dapat buat KLIA dulu, ape yang dapat duit magnum, sape yang main bini staff sendiri, ape yang main jambu. ko tak nak siasat ke? aku dah siasat rumah kat australia, dia ada duit sebab dia makan gaji. nie baru keluar penjara dan takde pencen pun leh buat rumah berjuta kat segambut. apa cditer?

matsamankati said...

anakkuala,

bantuan masuk universiti terbuka kepada semua orang. Hang pi saja kat Yayasan Perak, isi borang...kalu layak memang dapat.. tapi kalau surat sokongan Umno, nak masuk ikut pintu belakang...boleh blah.

Kalau malu rasanya nak jumpa MB...sebab hangpa kutuk dulu, mai jumpa aku. email aku...aku boleh tolong bawak hang pi jumpa MB. macam aku bawak Mak Cu Timah.

Mr Joker said...

kah kah kah kah kah kah ... hang memang lawak... aku x dak sebut pun sesape dlm komen aku tadi, tapi hang merapu ni awat?

hang terasa ke?

cerita la rumah sape yg kat australia tu... nak gak aku tau...

x penah pun org citer kat aku

hihihi

hang kantoi sebab hang bodo

Anak Kuala said...

kantoi apa sebab semu org tau. yg takut sebab salah je cam dapat duit dan sex utk buat projek perumahan.

uk mat saman pulak, kalau Topengperak_Xinwugi kata minyak bukan utk BN, duit yayasan perak pun bukan harta PK.

ada marah ke aku suruh siasat sape suka main bini org dan main blakang?

Mr Joker said...

MSK - bawak dia anakkuala pi jumpa Mak Cu Timah skali.

Anak Kuala said...

Kesemua yang berada di dalam gambar di atas adalah peneraju utama NED. Dari kiri Anwar Ibrahim (Panelis/Islam), Tom Donahue (Naib Pengerusi NED), Judy Shelton (Ahli lembaga Pengarah NED) , Senator US, Bill Brock (bekas Pengerusi NED ), Lorne Craner (Presiden IRI /Yahudi), Zainab Bangura, (Panelis/Islam) , Robert Miller (Bendahari NED), Jean Bethke Elshtain (Setiausaha NED /Yahudi),Ellie Larson (Pengarah Eksekutif Solidarity Center) , John Earl Haynes (Perpustakaan Kongres Amerika, Bahagian Manuskrip), Carl Gershman (Presiden NED/Yahudi) , Howard Wolpe (ahli lembaga Pengarah NED / Yahudi) ,Tom Daschle Ahli Lembaga Pengarah NDI/Yahudi) , Gregory Meeks (ahli Lembaga Pengarah NED) , Ken Wollack (Presiden NDI/Yahudi) , John Sullivan (Pengarah Eksekutif CIPE) dan Donald Payne (bekas Ahli Lembaga Pengarah NED)

NED dan Modus operandi 'Projek Demokrasi’ dunia

Mr Joker said...

anakkuala - aku suke cerita hang...ni ada sikit soklan untuk hang :

McD, Pizza Hut, KFC, Burger King, Shakey's Pizza semer sape punya? melayu ka?

Pas tu cuba hang bukak link ni pas tu hang komen gambar tu pulak : http://www.perisik-rakyat.com/2008/09/anwar-agent-amerika-umno-agent.html

Anak Kuala said...

yg tu makanan yang anak anak ko pun makan. yang nie aku kata tentang dasar. aku tak leh bukak website tu. yang aku tau ada berita Terkini yang baru : kerajaan akan bertukar pada 1 hb Okt nie. aku percaya masa 1 Okt tu dia akan cakap cam ne lak "kita ada masalah untk membentuk kerajaan pada hari ini sebab nenek saya tengah sakit jadi kita akan buat mesyuarat ngan pemimpin PR utk dapatkan tarikh baru.

Anak Kuala said...

1. Apakah Foundation for The Future-Anwar jawab satu yayasan untuk bantu negara-negara Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara.

2. Siapakah penaja yayasan itu-Anwar akan jawab penajanya dari negara Islam Timur Tengah

3. Dimanakah pejabat yayasan itu-Anwar akan jawab di Bahrain, Timur Tengah

4. Adakah benar Amerika terlibat menaja yayasan itu-Anwar akan jawab, Amerika tidak beri duit walau satu sen pun, hanya "pemerintah" yang beri sumbangan.

Tulis Anwar "Walau pun Yayasan diperingkat awal ditaja dan dibiaya oleh Pemerintah, setakat ini berjumlah 55 juta dolar Amerika, tetapi Yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk mejana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi"

Persoalannya siapakah PEMERINTAH yang dimaksudkan Anwar? Sudah tentu Anwar tidak akan memberi jawapannya. Pada fikiran Anwar, pembaca tidak mempunyai masa untuk mencari terma "pemerintah" itu dan akan berfikir terma "pemeritah" itu akan dirujuk kepada salah satu negara Islam seperti Bahrain, Qatar atau mana-mana negara Timur Tengah.

Mr Joker said...

anakkuala - bahase malaysia hang cukup lemah. hang kene pi amik kelas bahasa malaysia balik.

soklan aku : semua tu sape punya, bukan makanan apa (hang melayu ka siam?)

kerajaan baru? org PR tak kalut nak kerajaan baru, org UMNO je yang kalut... awat? hang tak suka Barisan Nasional ka?

Anak Kuala said...

hang kata tak kalut. geng tu makan angin kat taiwan yang geng PR lak pi makan angin gak kat sana. tak kalut apa dia? geng tu kata dah antar surat kat Agong, geng tu yang sorang lagi kat sg petani kata belum hantar surat kat agong. Tak kalut lagu mana? geng tu kata 16hb sept, kendian tukar 24hb sept la ni tukar ke 1 Okt pulak. tak loklak cam mana?

Anak Kuala said...

dulu ada orang panggil dia pak sheikh al liwati sekarang puak tu lak bela dia.. Dunia dunia

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

lorr...tak sudah lagi ke ni..???
tumpang baca no...

SHAMIL said...

hahahahaha.... ni la hakikatnya wanita umno !!