Tuesday, September 23, 2008

Penyanyi 'Negarakuku' disiasat polis

Kemaskini 12:12pm Penyanyi lagu rap kontroversi 'Negarakuku', yang popular dengan nama Namewee, sedang disiasat polis berhubung lagu itu yang mendapat perhatian nasional tahun lalu apabila ia disiarkan di internet.

negarakuku national anthem film strip 170707 oi veyWee Meng Chee diminta hadir di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Kuala Lumpur sejak 10.30 pagi.

Beliau tiba dari rumahnya di Muar, Johor bersama bapanya.

Sewaktu kontroversi itu memuncak Ogos tahun lalu, lagu pemuda 25 tahun itu di laman web Youtube.com mendapat sambutan hangat anak muda dan pengunjung Internet.

Wee, yang masih belajar di Taiwan waktu itu, turut mendapat kecaman ahli politik kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia kerana didakwa membangkitkan isu-isu sensitif tentang agama dan kaum.

Lagu dalam bahasa Cina itu mengkritik polis, amalan rasuah, kelemahan birokrasi, dasar pro-Bumiputera, dan juga mengulas gaya azan dilaungkan yang berselang dengan lagu kebangsaan.

[Laporan Penuh Menyusul]

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?