Tuesday, September 09, 2008

Rejeki Tok Dukun

Sabtu petang, satu Toyota Estima Aeras berhenti kat laman rumah aku. “YB mana pulak datang ni?” aku bercakap dalam hati. Fuziah Salleh ke? Nurul Izzah ke? Tapi yang ni plet Penang.

“Assalamualaikum! Ni rumah Tuan Hj. Mat Saman Kati ka?”

“Woit!! Hj. Mat Saman dah lama meninggal, la ni baru hang nak cari?” dalam hati aku la.. “Encik nak cari sapa?” aku tanya.

“Assalamualaikum Tuan Haji. Laaaaa… sampai jugak hajat saya nak jumpa Tuan Haji.” bukan main seronok nampak orang tu.

“Waalaikumsalam.. tapi saya bukan Hj. Mat Saman Kati. Haji Mat Saman dah lama meninggal dunia.” aku jawab.

“Daaak aaiiih!!! saya cam sungguh. Tengok janggut pun saya dah kenai. Gambaq pun saya bawak mai.” kata orang tu.. dan dia bawak keluaq gambaq dari dompet dia.



Memang betui gambaq aku! “Sapa yang bagi tau saya ni Haji? ” aku tanya.



“Sapa bagi tau pun tak pa la. Janji orang yang saya nak jumpa….dah jumpa.” seronok sungguh dia.



Aku pun jemput dia masuk kerumah. “Mai..mai…mai… kita dah jumpa dah” kata dia sambil memanggil semua yang ada dalam kereta. Tu dia!!! meneru semua turun dari kereta. Bini dia, anak dia tiga ekoq kecik-kecik. Kemudian turun sorang perempuan, nampak macam orang gaji Indon, turun bawak kerusi roda. Dibukanya kerusi roda, dan kemudian turun seorang perempuan tua, mengisut-ngisut. Terkial-kial perempuan Indon tu memimpin orang tua tu.” “Pelan-pelan, Bibik! Nanti jatuh” kata lelaki smart tu.



Dalam hati aku, “Hang yang kuat…pi la tolong. ”



Semua pun masuk kerumah. Aku masih tertanya-tanya, depa ni nak cari sapa? nak kata silap orang, memang betui gambaq yang dia bawak tu gambaq aku.



“Saya panggil Bang Mat saja la…boleh ka?” dia mula bercakap. ” Nama saya Kadeer, dari Jelutong. Ni saya bawak mai mak saya.. dah lima bulan lebih kena stroke. Bawak pi Specialist Centre, puluh ribu habih…lagu tu jugak. Bawak pi Lam Wah Ee, habih lapan ribu…lagu tu jugak. Jadi ada orang bagi tau, Bang Mat boleh ubat orang kena stroke ni.”



Aku ternganga. “Sapa punya kerja dok penaya aku ni?”



“Saya pi jumpa bomoh kat Nibong Tebai, dia suruh saya cari Mat Saman Kati. Sebab Mat Saman Kati boleh cari akar susuh ayam dengan garam bukit.”



Mak ooi!! Kat Nibong Tebai, aku kenai Zul sorang saja. Tak kan dia jadi bomoh kot?



“Bomoh tu nama Zul ka?” aku tanya.



“Dak..dak..dak… nama dia Pak Tam.”



Naya aku. “Susuh ayam dengan garam bukit tu, memang la aku boleh cari…tapi kena masuk hutan la. La ni mana ada!” aku bagi tau.



“Tolong la Bang Mat. Bomoh tu mau malam Jumaat minggu ni.” sampuk perempuan dia.



Tak tolong….salah. Nak tolong……bala. Nak pi cari akaq susuh ayam dengan garam bukit ni, kurang-kurang enam jam naik gunung. La ni pulak musim hujan..”Tak pa lah. Kalau tak hujan, esok saya pi cari.” Aku mengalah. Dia punya hugun tangan aku.. “Tima kasih, bang Mat. Tima kasih, Bang Mat.”



“La ni tak boleh tengok-tengok ka kat mak saya? Tangan dengan dengan kaki kiri dia tu lemah sikit. Susah nak bergerak.”



“Aku nak tengok macam mana? Aku bukan tau!” aku jawab. “Macam ni la.. pagi esok aku pi masuk hutan, belah petang hang mai.”



“Boleh….boleh….boleh. Kami beransoq dulu Bang Mat. Esok kami mai.” kata dia.



Ahad pagi, aku kena buat keputusan. Kalau naik gunung, tak bawak ayaq, alamat aku tergolek la. Aku minta kat Tuhan…”tolong la….aku nak tolong orang lain. ” Tak kan Tuhan zalim kot?



Aku pun bawak ayaq sebotol, nasi sejuk belen makan sahur satu tupperware.



Dah dekat lima bulan aku tak masuk hutan. Rasa tenang bila berjalan dalam hutan sorang-sorang. Pak Mentua aku orang pekan, bila dia dengar aku masuk hutan sorang-sorang….dia tercengang. Tak takut rimau ka? Tak takut gajah ka? Tak takut ular ka?



Aku lebih takut bawak kereta kat highway dari jalan dalam hutan. Aku lebih takut manusia dari gajah.



Harimau cuma bunuh manusia seorang setahun, tapi manusia bunuh rimau 500 ekor setahun. Kalau jumpa rimau dalam hutan boleh dikira bertuah.



Gajah bunuh manusia, mungkin seorang setahun, tapi manusia mati kat highway…beribu setahun. Kalau jumpa gajah dalam hutan, boleh tulis cerita dan jual kat CNN.



Aku naik ikut Kg. Danglang, dekat pekan Kuak. Sapa yang tak tau pekan Kuak….dalam daerah Lenggong. Perjalanan menuju ke puncak Bukit Lanjut, menyusuri Sungai Danglang. Separuh perjalanan, boleh nampak Tasik Chenderoh.



Kira-kira dua jam perjalanan, aku dengar orang bercakap. Tapi tak tau apa yang dicakapkan. Aku berjalan kearah suara tu… makin lama makin jelas kedengaran…tapi bukan cakap melayu. Tengok-tengok ada empat orang Siam mencari gaharu. Aku terkejut…depa terkejut. Aku terkejut tengok depa tengah memanggang lotong, depa terkejut sebab depa ingat aku orang Jabatan Hutan.



Aku tak terkejut tengok orang Siam sebab memang depa ni cukup banyak dalam hutan kita. Pokok-pokok ubat depa sapu,gaharu depa sapu….kita pulak beli Panadol dari Siam, beli gaharu dari Siam. Yang orang kita nampak cuma balak.



Pokok susuh ayam memang banyak kat Bukit Lanjut. Dalam banyak-banyak hutan yang aku masuk, cuma ada dua tempat yang aku tau ada pokok ni. Satu di Bukit Lanjut, satu lagi kat Gunung Bubu. Bunga dia warna ungu, akar dia warna kuning. Ambil sikit kulit akar susuh ayam, dalam setengah inci, campurkan dalam sup kaki ayam hutan. Warna sup jadi macam teh Lipton tanpa susu. Bagus untuk lemah lutut ataupun orang yang kena stroke.



Kat Bukit Lanjut juga ada banyak Kacip Fatimah tapi adat orang asli mencari ubat, kalau tak perlu….biarkan. Aku ambil apa yang aku cari, bukan apa yang aku jumpa.



Garam bukit aku dah tau tempatnya, cuma kena pi katuk saja.



Dekat tiga petang aku sampai balik kat rumah. Tengok-tengok, Kadeer dari Jelutong dah siap menunggu kat rumah. Hari ni dia mai sorang saja.



Aku pun bagi kat dia akar susuh ayam dengan garam bukit. Susuh ayam aku bagi semua…garam bukit aku ambil sikit, untuk pakai sendiri.



Kadeer pun ucap banyak-banyak terima kasih dan dia huloq kat aku satu peket duit Raya warna hijau.



“Lega!!!” dalam hati aku. “Dapat beli beras petang ni”



Bila Kadeer start kereta dan belah….aku koyak peket hijau. Tengok-tengok ada lima ringgit dua kupang lima duit. !@#$%^&.



“Alhamdulillah! Kalau dia bagi aku dua ringgit dua kupang lima duit….lagi naya!”



-PerakExpress

1 comment:

  1. En. Mat,

    Memang betul. harimau bunuh manusia ssorang setahun tapi rimau dibunah manusia beratus-ratus. sebab apa? sebab harga dia RM10,000.00 sekor. itu harga kat tasik kenyir dua tahun lepas dan memburu rimau ni adalah orang-orang siam.

    sejak tahun lapan puluhan saya panjat gunung hanya tiga kali saya bertembung dengan rimau. maknanya betul kata En. Mat kalau jumpa rimau tu memang bertuahlah. dapat tengok rimau liar!

    Tang upah tu, walau pun En. Mat tak marah tetapi saya marah. seharian manjat bukit bukannya senang. bukannya melenggang macam dalam pekan! saya tahu rasanya sebab saya ada pengalaman tentang bukit dan gunung. apa punya orang dah, RM5?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?