Tuesday, September 09, 2008

SAH..! Pak Lah Tak De Telur..!

PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang Datuk Ahmad Ismail dipanggil menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini berhubung kenyataan beliau bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak sama.

Sambil mempertahankan kenyataannya itu, Ahmad berkata bahawa ucapannya mengenai perkara itu telah dimanipulasi oleh Gerakan.

"Saya tetap dengan kenyataan saya dan tidak akan meminta maaf," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad juga berkata cadangan beliau supaya Gerakan keluar daripada Barisan Nasional adalah sekadar pendapat peribadinya.

Ketika ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengenakan tindakan terhadapnya, beliau berkata Abdullah tidak menyatakan sebarang bentuk tindakan.

"Mungkin Perdana Menteri akan membincangkannya dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN petang ini," kata Ahmad sambil menegaskan beliau sedia berdepan dengan sebarang tindakan.

TP - Hm... Bagus... Esok bolehbuat provokasi lagi... Pak Lah tak buat apa-apa pun... Pak Lah tak dak telur.

4 comments:

  1. Aku sokong je tindakan Ahmad tu. Sememangnya kaum Cina tidak berhak untuk menuntut hak sama rata. Kaum ini cuba hendak menjadi tuan di dalam Tanah Melayu ini.

    Kerajaan BN dulu asyik leka, dengan memberikan macam-macam peluang kepada kaum pendatang ni. Sehingga kini berbagai badan kaum ini cuba menuntut macam-macam.

    Aku hairan mengapalah payah sangat nak menegakkan perlembagaan Malaysia ni, yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

    Agaknya, sebab pemimpin kita kurang tegas, nak tukar kerajaan pun takut, sebab yang sebelah lagipun banyak juga kaum lain-lain ni.

    Apalah nasib aku dan genarasi selepas aku di bumi Melayu ini?

    ReplyDelete
  2. aku ingatkan...pak lah pakai telur plastik...takut cair nanti kalo panas sangat...hahahaaa...ker telur rebus....sedap dimakan ketika majlis kenduri..

    ReplyDelete
  3. arrr...pembetulan lagi....Partai....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?