Ulasan Pahang Daily tentang tenyataan terbaru Presiden PAS Hj.Hadi Awang yang disiarkan dimuka depan akhbar lidah rasmi parti itu Harakah (bil 1379) yang berbunyi "Amaran: Pas Tidak Akan Sertai Kerajaan Baru Persekutuan Jika Majoritinya Bukan Islam" mengundang kemarahan dikalangan pembaca.
Apapun kami tetap berpijak dibumi yang nyata. Pemimpin PAS itu tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan demkian, dikala penubuhan kerajaan baru sedang rancak diusahakan. Apakah Anwar terlalu "bangang" dan "bodoh" untuk memusnahkan agama dan bangsanya sendiri. Apatah lagi agama Islam itu dalam menentukan hala tuju kerajaan baru yang bakal ditubuhkan nanti.
Bukankah beliau telah beberapa kali mengadakan perundingan dengan pemimpin Pakatan Rakyat dalam merealisasikan hasrat tersebut sebelum ini. Mengapakah isu ini dimainkan oleh media rasmi parti itu ? Bukankah ia satu petanda yang PAS masih sangsi untuk "duduk semeja" dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat?.
Kami melihat kenyataan Hj.Hadi ini, ada baiknya tetapi mengundang kegusaran yang melampau dikalangan kaum-kaum lain dalam Pakatan Rakyat sebenarnya. Apatah lagi beliau juga ada menyatakan bahawa PAS lebih mengharapkan wakil-wakil rakyat UMNO untuk menyertai mereka dalam membina kekuatan orang Melayu dan Islam di negara ini.
Biarpun ia agak menarik untuk diperkatakan, namun dalam keadaan sekarang kenyataan sebegini seolah-olah berbaur "perkauman". Bayangkan jika parti dan pemimpin kaum lain dalam Pakatan Rakyat turut mengeluarkan pandangan dan syarat yang sama untuk penubuhan kerajaan baru itu? Apakah akan terjadi kepada hasrat Anwar ini? Bukankah ianya akan "tersadai" begitu sahaja?
Kita mengambil contoh, andainya DAP dan beberapa kerat pemimpin kaum lain (Cina dan India) dalam PKR berubah haluan dan meminta syarat yang sama. Bukankah kecoh jadinya. Mungkin juga akan menjadi lebih parah lagi andainya DAP dan mereka berkomporomi pula dengan MCA dan Gerakan dalam pembentukan kerajaan baru?. Ini harus dilihat dari aspek yang lebih luas lagi.
Kenyataan Hj.Hadi itu boleh mengundah padah jika ia tidak ditangani dengan betul. Tajuk utama Harakah yang terpapar "AMARAN", jelas sekali ianya mengertak Anwar dalam hal ini. Sepatutnya perkara ini dibincangkan dengan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dan jangan dilontarkan kepada pihak media yang akhirnya ia akan disensasikan begitu sahaja. Kita khuatir "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" nanti. Akhirnya kita yang "akan berputih mata" begitu sahaja.
Maka itu, Pahang Daily melihat, akhbar lidah rasmi parti PAS itu tidak memainkan isu ini berterusan. Tambahan pula disiarkan dengan tajuk besar dimuka hadapan akhbar tersebut. Adalah lebih elok perkara sebegini dibincang diperingkat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat daripada dibiarkan "bocor" dan "heboh".
Kita khuatir musuh terutamanya pemimpin BN dan UMNO akan mencari kesempatan untuk mengeruhkan lagi suasanan yang sedang harmoni ini. Mereka juga melihat strategi yang digunakan sebelum ini, iaitu isu "mubahalah" ternyata gagal memikat parti Islamm itu untuk berkompromi dengan UMNO dalam memperjuangkan masa depan bangsa Melayu dan Islam di negara ini. Berhari--hatilah dalam membuat kenyataan yang ternyata bakal mengundang padah akhirnya.-Pahang Daily
[Kami memohon maaf sekiranya artikel ini tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak. Ini adalah "pandangan peribadi" Pahang Daily sendiri dan bukanlah kenyataan daripada pucuk pimpinan PKR. Ambillah ia sebagai satu tauladan dan sempadan. Kami hanya berbicara soal kebenaran, kerana laporan muka depan Harakah itu memang ternyata amat berat untuk diterima oleh sesetengah pihak. Janganlah menyalahkan kami sekadar kenyataan ini. Tkasih]
-Pahang Daily
Salam Tuan PerisikRakyat!
ReplyDeleteharap2 tuan guru Hj Hadi tidak buat kenyataan tu dalam keadaan sedar bukan nyanyuk serta bukan untuk boikot PR...saya pun tak faham la....apa masalah....
thx!
HAHAHAHA!!!!!
ReplyDeleteSpt dijangka PR(Pakatan Rapuh) mula berantakan. Kenyataan TGHH spt ini bukan kali pertama. Ternyata PAS mmg konsisten dgn perjuangan.Nasib baik kenyataan tu dikeluarkan oleh Harakah,lidah rasmi PAS,.bayangkan jika oleh UM atau BH,..
DAP juga tegas dgn anti "crossover"nya. LKS dah lama buat kenyataan,semalam Karpal Sing juga buat kenyataan yg sama. DAP juga ada pendirian tegas bila menyentuh perihal kerajaan bermoral.
Jelas,.PAS utamakan kerajaan "kearah ISLAM",.manakala DAP pentingkan kredibiliti(MP katak tiada kredibiliti@xbermoral),..
Tetapi PKR,..???hahahaha!! tiada pendirian,..gelojoh nak rampas kuasa,.apa2 saja pun boleh asalkan Anwar jadi PM,.. memalukan !!!
PKR mendakwa kapal UMNO semakin senget,..tapi nampaknya kapal PR karam sebelum belayar,..
ADIOSS PR!!!
Assalamualaium.Kenyataaan TGHHA sememangnya di alu-alukan,kita yakin PR akan berpegang teguh kepada tali islam,tetapi lihatlah apa yang berlaku di Perak,habuan sex sahaja yang mengganggu gugat kesejahteraan kerajaan Perak sekarang,Apa yang dimaksudkan ialah keperluan kepada pegangan islam itu harus teguh,tidak kira siapa yang mengepalai PR,hakikatnya dasar PAS ialah Islam mesti dijadikan asas kepada pentadbiran.Itu sahaja yang PAS mahukan.Seharusnya DSAI dan pimpinan PKR sendiri perlu memantau dari segi pemilihan dikalangan wakil PKR di seluruh peringkat,agar tiada wakil yang dipilih secara tangkap muat,supaya kita dapat memantapkan lagi kekuatan PR dalam menumbangkan kerajaan BN yang ada sekarang.
ReplyDeleteselama ni pun saya sangat berharap pimpinan pas mengeluarkan kenyataan ini.biar sedikit tapi berkualiti.peperangan pun tak menjanjikan kemenangan walauppun tentera yang ramai tapi tak berkualiti.
ReplyDeletekuatkan peganganmu tuan guru.insyaallah kami di belakangmu.
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), kaum keluarga, para REFORMIS, penggiat Pakatan Rakyat (PR), pendukung dan penyokong keadilan serta para netters budiman. Semoga kita semua sentiasa dalam lingkungan perlindunganNya.
ReplyDeleteAgak lama juga saya tidak mengirim ulasan ke blog DSAI ini. Namun saya tidak pernah ketinggalan mengikuti setiap kiriman dan ulasan di sini. Adalah lumrah, kiriman dan ulasan bersifat pro dan kontra, samada daripada ahli, penyokong PR, pemerhati atas pagar dan sudah tentu sekali kedapatan ‘cyber troopers’ ameno be end yang turut memeriahkan daftar pengira pengunjung blog DSAI.
Fitrahnya setiap kejadian atau sesuatu yang berlaku itu mempunyai asbab yang tertentu. Begitu jugalah dengan semua kiriman dan ulasan para pngunjung di sini termasuk juga kiriman saya ini. Masing-masing mempunyai sebab dan alasan, hasrat dan tujuan menjadikan blog DSAI sebagai platform menyuarakan rasa ketidakpuasan hati, memeta cetusan idea yang akhirnya DSAI dan para moderator blog DSAI akan membuat keputusan samada menerima dan menilai setiap suatu kiriman itu samada sesuai atau tidak demi memperelokkan perjalanan dan perlaksanaan kegiatan PKR khasnya dan PR amnya. Atau sekadar hanya memantau daftar pengira pengunjung tanpa membaca setiap kiriman dan membiarkan ianya berlalu tanpa tindakan proaktif yang menyusul.
Setiap sesuatu perkataan itu adalah do’a. Pujian melangit itu do’a, idea penyokong dan pendukung keadilan juga do’a waima caci maki hangit si ‘cyber troopers’ itu juga do’a. Makbul atau tidak setiap do’a itu adalah hakNya.
Ketika di ambang ‘Aidil Fitri ini, kita semua dikejutkan oleh kenyataan YB Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) dalam keluaran lidah rasmi PAS, Harakah keluaran terbaru (saya mendapat maklumat ini daripada blog Perisik Rakyat) dan juga ulasan YB Saudara Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam merangkap Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor dalam blog beliau bertarikh 29hb Sept.2008.
Dukacita! Amat dukacita! Dangkal! Amat dangkal!
Menggambarkan betapa tiada lagi perkataan yang sesuai saya perolehi dari kamus perasaan saya kala menerima perkhabaran berkenaan. Malah, saya berkeyakinan tinggi perasaan sama juga turut dikongsi para penyokong keadilan dan penggiat politik PR di luar sana. Amat pasti kenyataan sebegitu disambut sorak gembira hilai tawa seteru politik PR dan si ‘cyber troopers’ di sini.
Berpijaklah dibumi nyata wahai TGHH dan para pengikut setia TGHH! Saya bukanlah seorang politikus separa masa atau sepenuh masa. Bukan juga seorang penganalisis politik lepasan universiti menggalas gelaran Professor. Bukan juga tergolong dari kalangan ilmuwan atau cendikiawan. Tetapi saya adalah seorang rakyat Malaysia berketurunan Melayu beragama Islam yang hidup berkerjaya, berkeluarga, bermastautin dan bermasyrakat di bumi Malaysia ini. Bersama-sama dengan TGHH dan rakyat Malaysia lainnya menjadi saksi turun naik seseorang Perdana Menteri dan barisan menteri kabinetnya. Kita telah bersama-sama melalui setiap detik helaan nafas dan titisan peluh mengharungi kehidupan bermasyarakat dalam negara majmuk ini. Tiada batasan ras, masing-masing bertungkus lumus meningkatkan produktiviti sambil memperlengkap dan menyesuaikan diri agar tidak ketinggalan bersaing dalam segenap aspek kegiatan seharian.
Memang ini adalah pendapat peribadi saya. Suara hati seorang manusia yang menjadi rakyat Malaysia. Seorang hamba Allah swt yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, isteri dan anak-anak serta kaum keluarga. Dengan izinNya juga, saya merasakan bertanggungjawab juga untuk berbuat sesuatu kepada masyarakat dan negaranya. Kehidupan saya seharian tidak dapat lari daripada pergaulan dengan masyarakat berbilang kaum.
Jika YB TGHH masih tidak jelas maksudnya, di sini saya perjelaskan. Mereka yang saya maksudkan dengan masyarakat berbilang kaum itu ialah terdiri daripada keturunan Melayu (Bumiputera) Islam, Cina Islam, India Islam, keturunan Melayu (Bumiputera) bukan Islam, Cina bukan Islam, India bukan Islam dan lain-lain bangsa keturunan bukan beragama Islam!
Berpijaklah dibumi nyata wahai TGHH dan para pengikut setia TGHH! Saya tidak pernah walau sesaat pun menafikan hak PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, Al Quran dan As Sunnah sebagai asas pentadbirannya. Tidak sesekali! Saya juga amat sedar bahawa Islam itu bukan HAK Melayu sahaja! Bumi Allah swt ini juga bukan hanya semata-mata untuk didiami oleh yang Islam sahaja! Siapa saya untuk mengajar YB TGHH dan pengikut setia TGHH tentang Islam!? Ustaz bukan, ilmuwan bukan cendikiawan pun bukan. Jauh sekali bergelar Tuan Guru!
Seperkara yang saya amat pasti adalah hak saya dan wajar sekali saya nyatakan di sini ialah saya sebagai ahli masyarakat Malaysia dan yang paling penting ialah seorang Islam menegur walau dengan apa cara sekali pun selagi ianya tidak melanggar hukum etika bermasyarakat dan bernegara. Tanpa mengira tahap pendidikan, kelas atau status ekonomi dan tiada persoalan keahlian parti politik mana yang saya memihak, saya fikir adalah menjadi tugas saya menegur YB TGHH.
Dukacita! Amat dukacita! Dangkal! Amat dangkal!
Syarat mutlak 3M yang ditetapkan oleh YB TGHH itu amat dangkal! Agaknya YB TGHH sedang mengelamun dan bermimpi berada dalam sebuah Negara yang hanya terdiri daripada 2 golongan sahaja? 1 golongan Melayu Islam dan 1 lagi golongan Melayu bukan Islam!? Memanglah YB TGHH menjadi ADUN dan Ahli Parlimen hanya untuk Rhu Rendang dan Marang tetapi YB TGHH ialah Tuan Presiden PAS dan parti YB TGHH ialah salah satu daripada 3 tonggak utama dalam PR!
Kenyataan YB TGHH itu bukan sahaja terkesan di hati saya tetapi saya berkeyakinan ianya amat menusuk jiwa setiap rakyat yang mengimpikan sebuah kerajaan baru iaitu kerjaan PR menggantikan kerajaan be end yang diterajui ameno. Sedar atau tidak, kejayaan PR dalam PRU 12 yang lalu menunjukkan rakyat berani melakukan anjakan untuk perubahan. Undi kami bukan undi daripada pengundi Melayu Islam dan Melayu bukan Islam sahaja tetapi undi daripada pengundi rakyat Malaysia majmuk! Terutamanya di sebelah Semenanjung ini. Tiada hasrat untuk menafikan peranan jentera pilihanraya PAS dan istiqamah perjuangan ahli-ahlinya yang paling mantap dan ampuh berbanding jentera PKR dan DAP. Malah jauh lebih baik daripada persembahan jentera ameno be end. Justeru, memang PR amat mengharapkan pengekalan PAS dalam gabungannya agar kekuatan PAS itu dapat dikongsi bersama memperteguhkan strategi ke arah perlaksanaan pelan peralihan tampuk pemerintahan negara.
Tidak diketahui samada YB TGHH dan para pengikut setia TGHH masih teruja bermuzakarah dengan ameno untuk bersama-sama mentadbir negara atas nama be end? Tidak cukup zalim lagikah perlakuan kerajaan ameno be end selama ini? Masih tidak serik dengan 2 kecurangan terbesar mereka terhadap PAS ketika sama-sama memerintah kerjaan negeri Kelantan dan Pusat sebelum ini? Sedar atau tidak, jika ditakdirkan PAS kembali ‘bersatu’ dengan ameno be end memerintah kerajaan Pusat, PAS masih lagi minoriti dan cita-cita PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, Al Quran dan As Sunnah sebagai asas pentadbirannya hanya akan kekal sebagai motto perjuangan partinya sahaja sehingga PAS akan ditendang keluar sekali lagi!
Masih segar di ingatan setiap rakyat Malaysia dewasa ini, betapa PAS di bawah YB TGHH telah berjaya menawan negeri Terengganu pada PRU 10 tetapi hanya mampu bertahan sepenggal. Kerajaan PAS Terengganu kalah teruk, jatuh tersungkur tidak berdaya bangkit di PRU 11 dan terkini di PRU 12. Peluang yang ada sekarang ini, kekuatan PR yang wujud ketika ini usah dipersiakan hanya semata-mata status YB TGHH seorang ADUN, ahli Parlimen merangkap Presiden PAS yang mahu menunjukkan bahawa YB TGHH juga perlu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan. Ular yang menyusur akar tidakkan hilang bisanya wahai YB TGHH. Percayalah! Kesudian YB TGHH merendahkan sedikit keegoan YB TGHH itu akan lebih disenangi dan disanjungi daripada mengeluarkan kenyataan yang dangkal seperti itu.
Alangkah moleknya diperkukuhkan PR (yang dikatakan longgar oleh segolongan pemimpin PAS sendiri) ini kemudian bersama-sama berkongsi kuasa memerintah di Pusat sambil menyebar dan menerapkan keindahan Islam itu di kalangan pemimpin dan penyokong PR itu sendiri yang telah sama-sama mengharungi jerih perih gelanggang pilihanraya yang tidak sama rata selama ini? Betapa cantiknya jika PAS bersama-sama PR membersihkan pentadbiran negara dari segala gejala mungkar yang semakin subur dengan kerenah bermacam jenis rasuah dan ketidakadilannya itu yang telah PAS cuba tentang selama setengah abad yang lalu!?
Akhirul kalam, cukuplah seorang WIRAWAN yang terGELUMANG dalam tong tahi yang kemudiannya WIRAWAN itu telah ditendang keluar dengan cara amat aib sekali dari sebuah yang terserlah keaibannya itu. WIRAWAN itu kini telah bersih dan semakin terserlah sinar keceriaannya semenjak diterajang dulu! Adakah YB TGHH dan para pengikut setia TGHH hendak menjadi WIRAWAN ke2!? Percayalah! Walau YB TGHH tidak memasuki tong tahi berkenaan namun busuk najis itu akan terpalit juga di batang tubuh YB TGHH dan para pengikut setia TGHH dengan hanya tinggal serumah dan duduk bergandingan tong tahi itu! Apabila sampai ketika dan waktunya kehadiran YB TGHH dan para pengikut setia TGHH tidak diperlukan lagi, YB TGHH dan para pengikut setia TGHH akan diterajang keluar dengan keadaan lebih aib!
SALAM ‘AIDIL FITRI 1429H.
MINAL ‘AIDIL WAL FAIZIIN.
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Zainal Abidin Bin Abu Bakar
Pengundi berdaftar di PJ Utara
c.c. blog Perisik Rakyat dan blog YB Kahlid Samad