Tuesday, September 30, 2008

Sedekah seks: Jangan samakan yang baik dan mungkar

KUALA TERENGGANU 29 Sept. - Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya menegur pelbagai pihak di negara ini agar tidak menyamakan perkataan yang berunsurkan kebaikan dengan perbuatan mungkar termasuk perkataan 'sedekah seks' bagi memastikan kemurnian beragama Islam terus terpelihara.

Beliau berpendapat, sedekah adalah amalan atau perbuatan yang amat digalakkan oleh Islam dan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala daripada Allah.

''Bagaimanapun, perlakuan seks yang diharamkan adalah berdosa dan ditegah besar oleh Islam sebab ia berzina... mana boleh amalan baik disamakan dengan perkara mungkar.

''Saya juga dukacita sebab ada orang mempersendakan perkataan sedekah dengan perbuatan maksiat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Mufti Negeri Terengganu mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Zulkifli Ibrahim yang mempertahankan kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu 'kesilapan bahasa yang tidak disengajakan.'

-Utusan Malaysia Online

TP - Elok jugak kalau bawak Zul Hassan ni pi kursus mendalamai Islam dekat JAKIM, tak pun hantar je dekat mana-mana pondok agama bagi dia reti bahasa sikit. tak tau la kot-kot umoq dah senja ilmu tak mau masuk...

Kecik-kecik tak mo blaja, dah besar nyusahkan masyarakat... orang lantik pegang jawatan soh buat kerja untuk rakyat, mamai ni pulak bangang-bangang dok pi mintak "sedekah"... kot sedekah dapat pahala tak pe la jugak, ni dok mintak "sedekah" dosa... apa la punya bangang...

Malu dekat hat bukan Islam... anak kapir pun tau "sedekah" tu untuk benda-benda baik je... ni hat besar dalam keluarga Islam pulak pi bantai seks luar nikah tu "sedekah"...

Pala Pak Hang la Zul Hassan..!

Bodo..! Bingai..! Bahlol..!

Khak Ptuih...!!!

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?