"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 23, 2008

Siasat Telur Rebus

SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T.Murugiah mengarahkan pegawai-pegawai Biro Pengaduan Awam (BPA) mendapatkan maklumat terperinci mengenai menu dan peruntukan makanan bagi seseorang tahanan di lokap dalam sehari.

"Kita akan buat laporan (daripada maklumat yang diperolehi) dan serah kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerana perkara ini sudah keluar di surat khabar dan TV, rakyat memerlukan satu jawapan," katanya.

Murugiah berkata, BPA yang terletak di bawah tanggungjawabnya, akan memastikan makanan untuk tahanan di lokap mengikut peruntukan, kata beliau selepas pertemuan dengan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok di pejabatnya di sini hari Isnin.

Kok sebelum ini pada sidang akhbar sejurus pembebasannya minggu lepas dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengatakan ada ketika semasa tahanan beliau hanya diberikan dua biji telur rebus, timun dan kuah.

Murugiah berkata menurut sumber tidak rasmi yang diperolehi beliau peruntukan makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam bagi seseorang yang ditahan di lokap adalah RM5.80 sehari dan jika maklumat ini betul ia memang tidak memadai dengan harga dan kos barang makanan semasa.

Peruntukan RM5.80 sehari mungkin sesuai untuk 10 ke 20 tahun lepas dan BPA mahu peruntukan ini disemak kembali supaya menepati keadaan semasa, katanya.

"Kita minta kerajaan melihat secara serius kepada satu angka yang munasabah," kata beliau.

2 comments:

LeeZ said...

Telur rebus makan ngan kicap, sedap tau... hehehehe...

Edyes said...

TP,

posting gambo macam nie pepagi boleh membatalkan pose pengunjung...

selamat berbuka jam 7.11pm