Wednesday, October 08, 2008

Anak saudara ADUN Lenggeng langgar lari ?

Entri Raya 1.

Dua hari sebelum raya, sewaktu aku menemani adik-adik lelaki bershopping di Melaka ayah telefon. Ayah bilang, suami Kak Linda (sepupu aku) meninggal. Dia eksiden di Lenggeng. Kami sekeluarga memang sangat, sangat terkejut. Mak-mak dan ayah-ayah bergegas ke Hospital Seremban untuk menuntut mayat selepas di post-mortem.

Ceritanya, lelaki yang memandu Harrier hitam baru itu sedang menelefon sambil memandu sehingga makan jalan arwah yang sedang menunggang motor. Orang kampung cerita, dagunya tersangkut pada cermin sisi kereta Harrier tersebut. Jadi dagunya hancur, tengkuk patah dan beberapa kecederaan teruk pada bahagian lain. 2 jam menanti polis untuk datang ke tempat kejadiaan. Mayat arwah hanya ditutup dengan surat khabar sementara menanti polis. 3 kali kami menelefon polis, baru lah mereka sampai. (aku benci polis malaysia)

Lelaki yang melanggar arwah lari dan meninggalkan keretanya di situ (kereta bapak dia) Dia takut akan dipukul oleh orang kampung. Dan yang sebenarnya, lelaki itu yang umurnya dalam lingkungan 20-an adalah anak saudara kepada Adun Lenggeng dan tidak mempunyai lesen memandu. Tidak beberapa lama, polis ke rumah lelaki tersebut bersama waran tangkap. Keesokkannya, keluarga lelaki yang melanggar arwah datang ke rumah dan memberi sumbangan RM1,000 dan meminta agar kes tidak di bawa ke mahkamah dan berjanji akan membayar RM300 sebulan kepada sepupu aku. Maaf, permintaan anda ditolak. Kami sekeluarga tetap mahu membawa kes ke mahkamah, tidak kira lah kau itu siapa.

Arwah meninggalkan seorang anak perempuan yang berumur setahun lebih. Setelah lebih 10 tahun berkahwin, barulah mereka dikurniakan cahaya mata. Tak sempat nak lihat anaknya itu membesar di depan matanya.

Allah itu sudah pun tetapkan jalan untuk kita. Siapa sangka, malam tadi arwah tidur di atas katil yang empuk, di alam dunia. Di malam keesokkannya, arwah tidur di bawah tanah, di alam kubur. Di soal itu ini. Ditimbang baik buruknya. Sekejap saja nyawa mahu terputus. Kita semua pun tidak kira tua muda, maut itu telah ditetapkan untuk kita.

Al-Fatihah untuk Arwah Abang Roseli.

-susudalambotol

2 comments:

  1. Bawa kemahkamah memang tindakan yang bijak...TAPI depa ni boleh delay kes tak? nanti nanya balu yang menunggu dan anak yatim tu...
    Moga Allah memudahkan urusan bagi mereka yang terinanya...

    ReplyDelete
  2. Teman kat office(Rehat)terbaca berita ini.

    Sebak hati teman,.

    Pertama teman ingin menyampaikan salam takziah pada kluge arwah.,tidak ada ape yg.lebih baik dari bersabar dgn ujian Allah ini.

    Kedua,teman merasa begitu tersinggung dan marah,kerana langgar lari,dan yg.paling tak dapat di terima,ada offer dari pihak sebelah dgn duit.

    Mereka menganggap duit itu lah segala galanya.,dgn maksud duit bole mengenapikan undang undang.

    Ini lah sikap orang UMNO,yg. menjadikan Negara ini terus bercelaru.

    Cakap pon tak guna,.org. Melayu tetap pilih UMNO juga.

    Salam,dan Alfatihah smger roh nya di tempatkan bersama sama dikalangan orang Beriman.Amin!!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?