KOTA KINABALU 7 Okt. - Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar dekat sini dikenal pasti sebagai pangkalan yang sesuai dijadikan sebagai pusat latihan kapal selam.
Panglima Wilayah Laut Dua TLDM, Laksamana Pertama Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, pangkalan tersebut mempunyai infrastruktur lengkap dan berupaya dijadikan sebagai pusat latihan kapal selam di negara ini.
''Kita memang ada merancang pangkalan ini sebagai pusat kapal selam dan sebagai pusat latihan kerana pangkalan ini amat sesuai dan lengkap dengan infrastruktur yang diperlukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Panglima TLDM Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar hari ini bahawa TLDM bercadang menubuhkan sebuah pusat latihan kapal selam di pangkalannya di Teluk Sepanggar yang akan menempatkan dua buah kapal selam TLDM jenis Scorpene.
Menurut Syed Zahiruddin, pihaknya sentiasa bersedia dan menaruh keyakinan pangkalan TLDM di sini dapat dijadikan sebagai sebuah pusat latihan kapal selam yang unggul.
-Utusan Malaysia Online
bagus la ada 2 Scorpene kat situ. mesti lanun tak berani dah datang berhampiran pulau gaya area sepanggar tu.
ReplyDeleteBagus juga tu, saya tidak tahu macam mana dan apa kemudahan yang ada di situ. Tapi anak perempuan sulung saya sekarang bertugas di pengkalan itu sebagai pegawai elekrik senjata sejak bulan april lalu.
ReplyDeleteTapi kenapa tidak diletakkan satu di tanjung pengelih dan satu sepanggar?