[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghabiskan masa lebih sejam untuk membahaskan Ucapan Bajet 2009 berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membawa usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya akan memfokus terhadap Bajet 2009 terlebih dahulu.
"Kami hendak menumpukan pada bajet dulu," kata Ketua Pembangkang di Parlimen itu pada sidang akhbar di lobi bangunan Parlimen tengah hari ini.
Kira-kira sejam sebelum Anwar menyatakan demikian Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tarikh baru yang diumumkan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini sebagai satu kenyataan yang tidak boleh diterima dan mengarut.
Petang ini Anwar akan menyambung perbahasan ke atas Ucapan Bajet 2009 yang sebelum ini dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Kewangan.
Kini Menteri Kewengan ialah Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
-mSTAR Online
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?