KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia mencatatkan sejumlah 10.31 juta penginap asing dan 17.96 juta penginap domestik berdasarkan kajian penginapan hotel di seluruh Malaysia sehingga Jun lepas.
Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said berkata Kuala Lumpur menjadi pilihan utama pelancong asing yang mencatatkan 2.74 juta orang, diikuti Pahang (2.25 juta), Perak (1.21 juta), Pulau Pinang (938,273) dan Johor (814,305).
"Pahang pula menjadi destinasi utama pilihan pelancong domestik yang merekodkan sebanyak 4.18 juta diikuti Kuala Lumpur (2.34 juta), Perak (2.09 juta), Johor (1.72 juta) dan Sarawak (1.42 juta)," katanya menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Beliau berkata tempat eko pelancongan seperti Genting Highlands menyumbang kepada 60 peratus kehadiran pelancong di Pahang.
Menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai kesan sosial terhadap rakyat yang melibatkan pelancong luar negara, Azalina berkata kementeriannya tidak terlibat dalam menjalankan kajian budaya negatif yang dibawa pelancong luar.
"Kalau dilihat pelancong dari Timur Tengah di negara ini semakin ramai ke tempat pelancongan seperti di tepi pantai atau pelancongan air. Mungkin ekspetasi pemaju hotel, mereka yang hendak berenang... pakai baju renang tetapi apa yang berlaku sekarang ini tuan punya premis penginapan tidak menegur pakaian mereka yang berjubah masuk swimming pool," katanya.
TP - Dekat negeri mana paling ramai pelancong pergi ye? Melaka ke? Agaknya ini kot "sumbang"an Datuk Shah Rukh Khan.........
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?