Thursday, October 23, 2008

Blog dakwa siswa tumbuk pegawai HEP

Seorang aktivis pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat laporan polis hari ini terhadap blog yang mendakwa beliau telah menumbuk pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar sewaktu dua mahasiswi berpindah kolej minggu lepas.

upm student fiasco 23108 blog websiteMohd Lukman Al-Hakim Low Abdullah memberitahu Malaysiakini, laporannya di balai polis Serdang pagi ini berkaitan artikel 'Pegawai HEP Dipukul Mahasiswa Propembangkang' pada 16 Oktober yang didakwa "palsu" dan "menjatuhkankan maruahnya".

Dalam blog Angin Perubahan, aktivis itu didakwa memukul pegawai berkenaan Fahmi Azhar Mistar sewaktu mereka hadir menyaksikan perpindahan keluar dua mahasiswi Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali dari Kolej Tun Perak sehari sebelumnya.

Blog itu mendakwa insiden itu bertelingkah dengan Fahmi "sebelum bertindak ganas memukul pegawai terbabit" pada 12.15 tengah hari 15 Oktober lepas.

Kejadian itu telah dilaporkan kepada polis dengan nombor Serdang/006582/08, lapor blog itu lagi.

"Mangsa menegur Norfarhana dan rakan-rakannya agar menjelaskan hutang kepada kolej sebelum berpindah kerana menduduki kolej secara haram.

"Kemudian tiba-tiba mangsa dipukul sekuat hati oleh Lokman," coretan di blog itu dipetik.

Dalam laporannya, Mohd Lukman Al-Hakim yang juga jurucakap kumpulan pelajar 'promahasiswa' itu turut menyebut Fahmi Azhar mempunyai kaitan dengan blog tersebut berdasarkan gambar yang dimuatkan dalam blog itu.

upm student fiasco 23108 blog website 2"Pada masa itu, ada seorang pekerja ambil gambar menggunakan telefon bimbit,” katanya. “Macam mana gambar itu boleh ada (termuat) dalam blog itu?"

Pada masa kejadian, tambahnya, beliau tidak nampak orang lain mengambil gambar.

Jelasnya, pada waktu kejadian, beliau hanya menepis tangan pegawai tersebut kerana tidak puas hati dengan kata-kata yang dianggapnya "menghina Islam".

Laporan ini dibuat selepas beliau menemani presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM, Mohd Safwan Ab Ghani mengadu kenyataan Fahmi kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya.
Nur Shafiqa, exco persatuan itu, dan Nor Farhana Farzieana, bekas exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM, dibenarkan kembali ke kolej kediaman itu mulai semalam sepanjang minggu peperiksaan sekarang.

-malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?