14hb. Oktober, 2008 beberapa hari menjelang final exam yang dijadualkan bermula pada 20hb. Oktober, 2008, warga UPM dikejutkan dengan berita Penyingkiran 2 pelajar ahli ProM UPM dari kolej kediaman mereka.rujuk [sini].
Sebenarnya aku pun tak tau sangat perkembangan awal hal-hal berkaitan isu berkenaan, tapi kebetulan pulak aku berada di majlis konvo UPM dari hari pertama sampai semalam dan sempat jugak aku jumpa dan berhubung dengan beberapa pelajar yang berkenaan lepas dapat tau berita tu dalam malaysiakini.
Hasil perjumpaan dengan pihak yang berkenaan, semuanya buntu bila diajukan sebab-sebab yang menyebabkan terjadinya penyebab kepada sebab-sebab yang jadi penyebab.nah kau...
Aku sempat jumpa sorang member dari unit Multimedia UPM (geng lama) sembang-sembang hal-hal yang tak berkenaan lepas tu tersembang lak hal yang mungkin ada kaitan.tapi geng tu tak tau la pulak pasal hal penyebab kena singkir ni... aku tak sembang pun dengan dia.
Teringat pulak aku sikit perbualan dengan geng PMIUPM pasal aktiviti-aktiviti awal ProM UPM dengan PMIUPM sebelum berlaku penyingkiran tu. mungkin ada sikit kaitan.
Beberapa hari sebelum tu pihak ProM UPM ada menghantar memorandum kepada pihak HEP.rujuk [sini].
Antara tuntutan-tuntutan dalam memorandum tersebut ialah :
1 - Suruhanjaya pilihanraya melibatkan pemerhati luar yang adil dan saksama.
2 - Pilihanraya tidak berat sebelah.
3 - Mansuhkan penggunaan e-voting kerana pelaksanaannya diragui.
4 - Sistem bertanding atas tiket parti, bukan individu.
5 - Tiada gejala samseng atau pergaduhan berlaku.
6 - Tiada campur tangan pihak yang tiada kena mengena terutama pihak keselamatan dan pengurusan kolej.
7 - Wang cagaran calon dikurangkan daripada RM100 kepada RM30 atau RM50.
8 - Tempoh kempen rasmi dipanjangkan kepada tujuh hari bekerja berbanding lima hingga tujuh hari sebelum ini.
9 - Membenarkan penggunaan bahan kempen yang berwarna.
Yang no 3 tu jadik kaler lain sebab dia ada "special" sikit bagi aku.mungkin ada kaitan dan mungkin juga antara penyebab kepada penyingkiran 2 pelajar tersebut.
Apa tu e-voting?
E-voting ialah satu sistem pengundian online yang digunapakai oleh UPM sejak beberapa tahun dulu.kelebihan penggunaan sistem ini ialah pihak yang memantau perjalanan pilihanraya kampus dapat menjamin pengundian yang bersih dimana sistem ini tidak memungkinkan untuk mana-mana pelajar mengundi lebih dari 1 kali kerana adanya penggunaan id untuk setiap pelajar.
Sistem ini amat berkesan didalam menjamin peratusan mengundi yang tinggi iaitu melebihi 95%.mana la tak tinggi peratusannya, setiap pelajar yang belum mengundi akan dapat dikesan dengan mudah oleh para pemantau dan sekiranya anda dikesan sebagai individu yang "belum mengundi" kelibat anda akan dicari sehingga kelubang cacing (ni hangpa kena tanya geng-geng "Harimau Maut", budak-budak UPM tau la sape "Harimau Maut" ni... pada mata aku tak lebih tak kurang macam "Perintis Pemuda UMNO" je... berani dekat belakang.kalau kat depan jangan harap la... aku rasa geng-geng ni semua jenis pengguna "lampin pakai buang").
Manipulasi
Disebalik kebaikan dan kelebihan sistem e-voting, terdapat satu lagi kelebihan sistem ini yang amat-amat diminati oleh geng-geng "Harimau Maut" aka "Perintis Pemuda UMNO" iaitu ianya mudah dimanipulasi.
Sistem ini juga dapat mengesan undian setiap pengundi.kalau hangpa undi ProM atau Aspirasi maka para "sahabat-sahabat" yang punya kelebihan mengakses (pihak HEP confirm la dapat akses) sistem ini akan dapat mengesannya semudah menekan butang "enter" sahaja.
Kemungkinan jika pihak HEP adalah mereka-mereka yang tidak bebas (Pro Aspirasi atau Pak Penakan Aspirasi) maka kemungkinan anda akan menerima habuan tak cukup markah atau apa-apa sahaja yang berkenaan mengikut "budi-bicara" pihak HEP adalah cerah.
Anak-anak muda "Harimau maut" aka "Perintis Pemuda UMNO" yang berani dibelakang "Back-up" juga selalu memanipulasi keadaan ini.ramai pelajar yang mengadu diugut atau akan di"apa-apa"kan (aku tak tau la samseng tahap mana geng-geng "Harimau Maut" aka "Perintis Pemuda UMNO" ni tapi aku rasa tak lebih tak kurang macam kerismudin je kot) oleh geng-geng ini sekiranya didapati memilih lawan "Harimau Maut" aka "Perintis Pemuda UMNO" atau dengan erti kata lain memilih calon pro Pakatan Rakyat.
Lagi Tentang E-Voting
Satu perkara lagi yang mungkin tak ramai yang tahu tentang sistem e-vote ini ialah adanya satu urusniaga yang melibatkan pihak UPM dengan UTM (aku tak pasti yang mana tapi kemungkinan besar UTM Skudai) berkenaan sistem ini.
Aku difahamkan bahawa pihak UTM telah membeli sistem ini daripada UPM dengan harga yang cukup tinggi (berapa juta aku tak pasti) dan ianya akan digunakan untuk sesi pilihanraya kampus UTM yang akan datang.ada sahabat dari UTM yang dapat sahkan berita ni? (aku dapat info ni dari unit Multimedia UPM).
Perkaitan Antara E-Vote, "Harimau Maut" & PRK
Disebabkan masing-masing gagal untuk mengesan sebab musabab ke 2-2 pelajar tersebut disingkirkan dari asrama mereka dalam keadaan yang cukup kritikal (menjelang final exam) dan pihak HEP UPM juga gagal memberi sebab-sebab penyingkiran maka aku buat kesimpulan hasil sembang-sembang aku dengan mereka-mereka yang terlibat dan juga beberapa info yang aku dapat ada 2 perkara yang mungkin menjadi penyebab kepada penyingkiran 2 pelajar tersebut dari asrama mereka.
Sebab yang pertama ialah campurtangan politik dalam kampus.hasil maklumat yang aku dapat memaklumkan bahawa geng-geng "Harimau Maut" mendapat back-up dari beberapa individu berpengaruh dalam HEP UPM atau dengan kata lain mereka "digunakan" oleh tangan-tangan tertentu dari luar kampus untuk mengekang pengaruh pro Pakatan Rakyat didalam kampus.
Kebangkitan pengaruh Pakatan Rakyat harus disekat didalam Universiti (ini tidak berlaku di UPM sahaja tetapi juga berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi yang lain di Malaysia) dan mana-mana individu yang mempunyai bakat memperluaskan pengaruh pro Pakatan Rakyat harus disingkir dari asrama.
Sebab yang kedua ialah berkenaan dengan tuntutan ProM UPM mengenai pemansuhan e-vote.jika tuntutan ini (yang ke 3 - mansuhkan e-vote) mendapat sokongan yang menyeluruh dari para mahasiswa dan juga mahasiswi UPM, pihak UPM akan menghadapi masalah "kreadibiliti".ini membabitkan urusan penjualan sistem berkenaan kepada UTM yang bernilai "mahal" macam yang aku sebutkan diatas.
Macamana UPM nak jual produk yang "ditolak" penggunaannya di tempat ianya dilahirkan kepada UTM jika kampung halamannya menolak ketelusan sistem tersebut?
Sekiranya hal ini (penolakan sistem tersebut) diketahui umum lebih-lebih lagi para mahasiswa/siswi yang bakal menggunakan sistem itu nanti, pasti mereka juga akan bangkit menolak penggunaan sistem tersebut di UTM dan ini pasti menimbulkan krisis di UTM selepas ini.
Oleh itu aku melihat penyingkiran 2 pelajar tersebut dari asrama lebih kepada untuk melindungi kepentingan-kepentingan beberapa individu berkaitan dan juga 1 usaha untuk menyekat kebangkitan gelombang perubahan didalam kampus.
Ada beberapa perkara yang perlu diteliti lagi dalam hal ini.nanti kita bongkar pulak siapa "Harimau Maut"... sibacul atau pengecut?
antara gejala samseng yang pernah berlaku pada PRK lepas adalah antaranya ugut... pastu simbahan cat merah pada motor2 calon bukan aspirasi, kemudian tampal stiker kat kereta ahli pmiupm.. (ni pn aku dapat info drp mmber2 pmi)
ReplyDeletesalah sorg ahli harimau maut tu adalah adik en. fahmi (yg kononnya kena belasah), faiz namanya aka botak.
dulu pn dh byk pendedahan yg dibuat. ko boleh rujuk laman ni
www.bmbupm.blogspot.com
boleh buka lama ni...
ReplyDeletehttp://bmbupm.wordpress.com/2007/10/01/ancaman-harimau-di-upm-siapa-dalangnya/