Inginkah aku ceritakan kepada kamu akan sebuah kisah, bagaimanakah seorang manusia hina dahulunya, kini menjilat ludahnya sendiri. Bukannya ingin menimbulkan sensitiviti agama, tapi sekadar buat renungan kita bersama. Wahai para mujahid Islam sekalian, aku ini dahulunya adalah musuh kamu yang nyata. Aku adalah pejuang untuk memeriahkan lagi alam kemaksiatan di atas muka bumi ini. Bukan ingin aku membuka dosa silamku, tapi untuk agar kita sedar, bagaimanakah sebuah kehidupan dahulu yang penuh dengan kegembiraan,keseronokkan dan kebahagian, akhirnya kini ditinggalkan.
Benar, dahulu aku adalah penggemar minuman arak, aku adalah budak samseng di jalanan, aku adalah golongan yang menghina agama Islam habis-habisan. Aku adalah anak derhaka kepada ibu bapa, aku adalah orang yang sangat benci kepada golongan yang masuk kepada agama Islam. Tidak dinafikan, walaupun keindahan dan kebersihan Islam itu telah ku lihat, namun kerana manusia Islam di hadapan ku, aku menjadi insan yang keliru, mungkin kerana aku terlalu menginginkan kebebasan di waktu itu. Jawapan ku mudah ketika itu, mengapa perlu ada halal haram, sedangkan Tuhan menyediakan untuk kita semua di atas muka ini, untuk kita menikmatinya. Berdosalah kita, kalau kita menolakknya. Ya Allah, mulut ini pernah menghina Mu Ya Allah, ampunilah dosa silam yang begitu berat untuk ku bayar, dengan perjuangan yang tidak seberapa ini. Ya… aku pernah mencaci, dan memaki hamun, Zat Tuhan Yang Maha Suci.
Kini aku terpaksa menelan kembali segala kata-kata dahulu yang aku ucapkan. Kata-kata hujan penghinaan kepada agama Islam yang suci, dan kini aku menjadi begitu taksub kepada agama ini. Semakin aku mendalaminya, semangatku semakin berkobar-kobar. Perasaan bertambah takut dan risau semakin membuak-buak, semoga aku akan selamat daripada azabnya. Amin.
Ya, dahulu aku seorang yang hebat menghina agama Islam, tidak terbayang dosa yang telah aku lakukan. Aku tahu dan faham, golongan yang kembali kepada agama Islam, diibaratkan seperti kain putih. Namun, kain putih ini akan sentiasa diancam debu dosa kesilapan dengan kelemahan diri seorang insan biasa bergelar manusia.
Baru-baru ini mereka dikejutkan, mengapa aku begitu marah dan melampau, sehingga aku digelar anak kurang ajar. Ya aku akui, memang sikap melampau yang aku lakukan itu adalah sikap yang melampau pada seorang pegawai Univerisitui. Aku ada menepis tangannya, dengar kata dia sudahpun membuat laporan polis, dan kini pihak Keselamatan Universiti sedang membuat siasatan, buatlah apa sahaja, aku mengharapkan satu hari nanti mereka akan faham. Kalau boleh aku ingin melakukan lebih daripada itu pada masa tersebut. Jiwa ku benar-benar memberontak, dengan mendengar ucapan yang benar-benar menghancurkan perasaan hormatku kepadanya. Kalau aku mengaku aku yang bersalah, bermakna aku mengiktiraf kembali kebiadapan aku di zaman kejahilan lampau.
Ya, hati ini mula merajuk dan berkecil hati. Mengapa mereka mempersoalkan tindakan aku yang sepatutnya. Sedangkan pandangan mereka sekadar pandangan dari jauh, tanpa merasai keadaan apakah yang berlaku ketika itu. Aku yang merasainya, aku yang mendengarnya, dan aku adalah saksinya, dan aku adalah insan yang bersalaman dan kata-kata itu jelas terdengar di telingaku. Semua yang ada di situ ada mendengarnya. Cakaplah apa sahaja, berilah pandangan apa sahaja. Adakah ucapan “Tidak Guna Sembayang… wajib ataupun haram sekali kita mengiktirafnya? Demi menjaga kesucian agama ini, sehingga kini belum ada dalil yang mereka berikan kepada ku. Berilah kalau ada, aku sedia mendengar dan memahaminya. Kerana dengan siapakah aku pelajari agama ini, kalau bukan dengan mereka semua……
Dia kata tak guna sembayang.. kalau tak bayar yuran kolej. (Yuran kolej sudah dibayar). Yuran kolej bukan syarat untuk kita menunaikan kewajipan mendirikan solat. Kalau begitu, semua pelajar-pelajar UPM yang tak bayar yuran kolej bagaimana kedudukan keislamannya. Sebagai Mualaf, aku mohon penjelasan. Kepada PMIUPM, sila buat tindakan, kalau benar-benar kamu ingin mengangkat martabat Islam di kampus hijau ini.
Tatkala maruah Islam dicabar, tatkala Mahasiswa dihina sebegitu rupa… adakah masih perlu berdiam diri dengan gaya…. “melihat sahaja”
Aku datang ke agama ini, malangnya.. mereka ibarat menolak kehadiranku dalam agama ini, Mengapa.. mengapa…. mengapa…..? Mengapa…? Sesungguhnya, dia adalah insan yang benar-benar nyata bersalah, adakah perlu dibiarkan saja, Islam dijatuhkan di hadapan mata dengan ungkapan yang hina… adakah masih boleh untuk diriku berdiam diri ???
-Suara Sepanjang Jalan
Orang Baru naik pangkat dan pegang jawatan tinggi sikit memang macam tu belagak je lebih.. Cakap tak bertapis dah ekot suke dia je ape nak lepas sampai lupe agame islam. Ape hubung kait yuran kolej dengan sembahyang? Takde pulak saye bace dalam hadis atau quran kene bayar yuran kolej baru boleh sembangyang baru solat di makbulkan Allah. Ni la dia kalau becakap tak gune otak sebalik nye gune kepale lutut..
ReplyDeleteyang menjadi celakanya kerana yang berkata tu lulusan maahad hamidiah kajang!
ReplyDelete