Thursday, October 16, 2008

Harga Gas Dapur Tak Turun Ke?

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) hari ini mendesak kerajaan agar menurunkan segera harga runcit gas memasak memandangkan harga petrol dan diesel diturunkan sebanyak 40 sen seliter dan 38 sen seliter dalam tempoh beberapa bulan ini.

Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah berkata, kerajaan perlu menurunkan harga gas memasak kerana bahan berkenaan masih kekal pada harga tinggi walaupun harga petrol dan diesel telah diturunkan oleh kerajaan sebanyak tiga kali dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Misalnya, kata beliau, harga tabung gas memasak 14 kilogram dinaikkan kepada RM24.50 ekoran kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api tidak lama dulu, tetapi harga berkenaan kekal walaupun harga petrol dan diesel sudah diturunkan sebanyak 40 sen dan 38 sen seliter sehingga hari ini.

''Bagaimanapun, apabila harga bahan api dikurangkan sebanyak tiga kali, harga gas memasak kekal pada paras tinggi dan perkara ini perlu diberi perhatian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan semalam menurunkan harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel iaitu kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

1 comment:

  1. mentri2 kita semuanya makan steak impot australia,rumah depa tak masak ooi.lu mampuih lu punya pasailah. KERAjaan BN yg 'prihatin' ni kan dah suruh u org ubah cara idup,lain kali masak bakaqlah kayu api ataupun surat abaq utusan malayau, tu kan banyak kat rumah.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?