Saya telah mendapat maklumat yang saya kira sahih kerana ia datang dari sumber yang sangat sahih. Peristiwa ini boleh menjelaskan sikap sebenar Roslan berkaitan dengan Pakatan Rakyat. Artikel beliau yang lepas telah memfitnah dan menista saya angkara nasihat saya kepada beliau. Saya telah berkata sekiranya beliau tidak suka kepada Pakatan Rakyat, seharusnya beliau letak jawatan sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Yang dapat dilihat, Roslan begitu marah kerana seolah-olah nasihat saya itu mengatakan bahawa Roslan tidak menyukai Pakatan Rakyat. Justeru itu saya meminta dengan segala hormatnya supaya Roslan SMS menafikan cerita atau maklumat yang saya sudah sekian lama simpan ini.
Kita semua maklum Pak Lah telah mendedahkan muzakarah antara PAS dengan UMNO pada 20 hb Julai 2008. Namun, pada 12 Julai 2008, telah berlaku mesyuarat Pemuda PAS Pusat. Di dalam mesyuarat tersebut isu perbincangan dengan UMNO telah dibincangkan secara lantang,. Namun, Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub dengan jelas menegaskan bahawa perkara ini telah dibincangkan di peringkat Pusat dan segala cerita berkaitan perjumpaan dengan UMNO telah dinafikan oleh pimpinan PAS Pusat.
Apa yang pelik dan hairannya berkaitan mesyuarat tersebut adalah kelambatan beberapa Exco Pemuda PAS Pusat di dalam menghadiri mesyuarat tersebut. Menurut maklumat saya, mereka yang lambat menghadiri mesyuarat Pemuda PAS pada 12 hb tersebut kerana mereka telah menghadiri mesyuarat lain di Bangi.
Mesyuarat tersebut diadakan pada waktu pagi kira-kira jam 8 pagi. Mengikut ramai exco pemuda yang menghadiri mesyuarat tersebut, Roslan SMS adalah pemanggil kepada mesyuarat tersebut dan terlibat dalam mesyuarat tersebut.
Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Bangi tersebut adalah betapa perlunya PAS bermuzakarah dan berbincang dengan UMNO. Juga, disebutkan betapa Islam sekarang ini di dalam bahaya sekiranya PAS berada dalam Pakatan Rakyat.
Oleh sebab itu, exco2 pemuda yang dijemput tersebut diminta supaya memainkan peranan supaya Pemuda PAS tidak menentang usaha berbaik dan berbincang dengan UMNO ini kelak.
Roslan SMS yang begitu marah dengan saya itu terlibat di dalam mesyuarat ini dan juga bertanggungjawab menganjurkan mesyuarat tersebut. Ini bererti beliau pernah terlibat dalam usaha-usaha anti Pakatan Rakyat sejak sebelum Pak Lah mendedahkan muzakarah tersebut.
Ini adalah maklumat yang saya dapat dari sumber yang tersangat boleh dipercayai. Namun, sekiranya Roslan SMS tidak suka dengan maklumat ini, saya dengan segala hormatnya menjemput Roslan SMS menafikan maklumat ini dengan sejelas-jelasnya.
Sekiranya tidak, saya merasakan Roslan SMS seharusnya menerima nasihat saya tempohari.
Tidak hairanlah, kita lihat sekarang ini terdapat exco-exco Pemuda yang secara terangan menyokong Muzakarah dan mempertahankan tindakan muzakarah ini. Rupanya, mereka telah mengetahui maklumat muzakarah ini sebelum Pak Lah mendedahkannya di media tempatan.
Syukur, segala fitnah terhadap Pakatan Rakyat ini telah terbukti fitnah dan tidak benar. Misalnya, maklumat kononnya DAP dan PKR mengizinkan Islam dipermainkan dalam kerajaan terbukti fitnah 100%, kononnya DAP menghalang azan di Puchong dan Kota Damansara, Anwar Ibrahim agen Amerika dan Barat dsbnya.
Hakikatnya banyak program Islam tidak berjalan di Selangor kerana kelemahan PAS dan bukannya kerana halangan dari DAP atau KeAdilan.
Saya amat gembira sekiranya Roslan SMS menafikan maklumat ini dengan sejelasnya.
-Tulang Besi
baguih... belum merintah dah tergadah, macamana saya (pengundi atas pagar) nak mengundi PR lagi
ReplyDelete