Monday, October 06, 2008

Harga minyak turun jika trend dunia berterusan - Shahrir

JOHOR BAHRU 5 Okt. - Kerajaan akan menurunkan lagi harga minyak akhir bulan ini jika trend penurunan harga minyak dunia yang kini di bawah AS$100 (RM351) setong berterusan.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan mengenainya akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet sama ada pada 24 atau 31 Oktober ini.



"Dalam tempoh tiga hari ini, harga minyak runcit di pasaran berada di bawah AS$100 setong dan jika ia berterusan sehingga akhir bulan ini, kita boleh turunkan lagi harga minyak," katanya.



-Utusan Malaysia Online



TP - Dulu masa Pakatan Rakyat cakap rege minyak boleh turun, hangpa bantai kata Pakatan Rakyat berangan... hangpa bantai kata Pakatan Rakyat janji kosong... hangpa bantai cakap Pakatan Rakyat auta... kunun cakap senang sebab dok luar kerajaan...



Tok Najib pulak bantai kata negara bangkrap kalau turunkan rege minyak...



Sekarang amacam? jilat balik ludah ka..?



Yang penyokong pengampu KERAjaan pulak sokong rege minyak tak leh turun...



Last skali hangpa pakai jugak idea Pakatan Rakyat kan? tu kita dah nampak KERAjaan yang ada sekarang ni memang lembab turrr..!



Hangpa pikiaq la sendiri... Pakatan Rakyat belum bentuk kerajaan pusat pun kita dah nampak mana yang sebenarnya boleh buat... kalau dah dapat bentuk kerajaan pusat nanti... laaagiii la banyak yang baguih-baguih Pakatan Rakyat dapat buat...



KERAjaan yang ada sekarang i depa dok tunggu je... apa Pakatan Rakyat "nak" buat, depa akan ikut... pasai apa "akan" ikut? pasau otak depa lembab... tak dapat nak pikiaq dah... semua harap idea Pakatan Rakyat je... pas tu dok geger habaq KERAjaan "cekap" dan "prihatin"...



"Cekap" mencuri idea Pakatan Rakyat...



"Prihatin" dalam bila dah nak tersungkur...



Boleh blah..!



Khak Ptuih..!

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?