Monday, October 06, 2008

Kampung 'KJ' pun masih ada orang susah

30 Ramadhan ketika ramai orang sibuk dengan 'hari mantai' team Jejak Fakir terus menjelajah Rembau untuk menjejak fakir miskin yang tercicir dalam kawasan parlimen Menantu Perdana Menteri Malaysia. Sepatutunya parlimen ini 'gah' kerana dibawah Ketua Bahagian Umnonya Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ahli Parlimenya pernah mendapat jolokan orang muda paling berkuasa dalam Malaysia. Namun hahakikatnya 'terbalik'....

Di Kota, kampung kelahiran menantu PM inilah tinggal seorang pakcik tua yang telah lama tidak diziarahi anaknya...tinggal daif, dalam rumah pusaka yang kotor, berlubang, usang dan teruk sekali.


che'GuBard sempat berbual dengan pakcik ini (gambar atas)... yang agak lawak pakcik ini beri amaran 'cikgu tak payahlah naik...berat kang roboh lantai..rumah ni dah tak kuat...' ... Pakcik ini merayu untuk kami bantu tukarkan atap zink rumahnya. Cerita beliau jika hari hujan air masuk dia hanya mampu duduk di sudut rumah yang tak bocor sehingga hujan berhenti.

bersama Penyelaras keADILan DUN Kota, Yusof Tapa merenung rumah usang pakcik itu. Kami berjanji akan berusaha mencari sedikit dana untuk membelikan atap Zink dan papan untuk perbaiki rumah pakcik ini.

Seorang wanita yang tinggal sendirian tidak pernah berumah tangga.... turut tidak ketinggalan diziarahi

Kawasan DUN Rantau dibawah Menteri Besar turut diziarahi. Bertemankan seorang 'orang kuat' Masjid Kuala Sawah kami menjejaki rumah asnaf yang tercicir dari senarai penerima zakat.


Gambar di atas ialah keluarga 7 beradik. Maknya yang berumur hampir 80 tahun, terpaksa menjaga 7 orang anaknya yang agak 'istimewa'.

Kami amat memerlukan penyumbang lampin pakai buang dewasa saiz L dan XL serta sumbangan papan dan zink. Ada ramai fakir miskin yang tua dan sakit memerlukan lampin pakai buang dan rumah uzur yang kami sedia gotong royong perbaiki.

-Che'gu Bard

1 comment:

  1. orang susah ni kat mana pun ada , tak kira dinegeri yang diperintah amno ke pas ke jin ke. dah sunnah alam kalau ada orang senang, pasti ada orang susah. tambah pulak kalau negeri yang diperintah pas lagi banyak orang susah.... pasal pas ni memang parti untuk orang susah

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?