Monday, October 06, 2008

Pengampu Yang "Bodo"

Datuk Othman Muhamad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka

"Sikap beliau yang selalu turun padang dan mendengar permasalahan kaum Cina telah membuatkan beliau disenangi masyarakat Cina dan hasilnya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Parlimen Kota Melaka dalam PRU12"


Inilah petikan kata-kata dari Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad yang disiarkan muka hadapan dengan tajuk utama "Mohd. Ali Paling Layak" dalam Sinar Harian, Edisi Melaka (Ahad-5 Oktober 2008). Sungguh pelik dan menghairankan bagaimana Kerajaan Negeri Melaka melantik seorang speaker yang tidak tahu Ahli Parlimennya dari parti mana? Setahu Kulat, Kerusi Parlimen Kota Melaka (P138) dalam PRU12 adalah milik DAP. (sila klik disini) Bila masa pulak BN dapat merampas P138 dari DAP dalam PRU12?



Petikannya itu adalah sebagai menyokong cadangan Ketua Menteri Melaka untuk menawarkan diri jawatan No. 2 dalam kepimpinan UMNO dan menyatakan bahawa Datuk Mohd. Ali Rustam adalah orang yang "paling layak" diantara yang layak sebagai calon Timbalan Presiden UMNO Malaysia.



Kulat - Kalau iapun nak menyokong Tok Ketuanya, janganlah sampai "tak ketahuan" kata orang Utara. Nak mengampupun biarlah bertempat dan betul faktanya kerana yang bercakap tu bukan calang-calang pangkatnya iaitu orang yang berkuasa dalam Dewan Undangan Kerajaan Negeri. Wallahualam



-Cendawan MALAYA

2 comments:

  1. ada ke lagi orang pandai dalam amno,......semuanya yang tinggal bodo belaka.....

    ReplyDelete
  2. Check sedikit, saya rasa PRU ke 12 memang BN menang. Setiausaha Agung DAP yang dulu tu kalah. Beliau sekarang mengundur diri dari bergiat aktif selepas terkena barah.

    PRU ke 13 barulah DAP menang kembali.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?