Saturday, October 25, 2008

Kesamarataan Kaum Penting Untuk Rampas Semula Kerusi Parlimen

Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan kesamarataan kaum jika mahu merampas semula enam kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique.

Katanya strategi kempen perlu disusun semula supaya lebih berciri kontemporari dan relevan kepada pengundi muda selepas parti pembangkang menguasai enam lagi kerusi Parlimen itu selepas pilihan raya umum Mac lepas.

Zulhasnan, yang juga Ketua Umno Bahagian Setiawangsa, berkata Umno perlu bekerjasama dengan MIC dan MCA serta parti komponen lain dalam menyelesaikan masalah pelbagai kaum di bandar raya Kuala Lumpur.

"Sekiranya Umno dan BN ingin menang (pada pilihan raya umum akan datang) kita memerlukan sokongan rakyat berbilang kaum, kita tak boleh 'survive' sendiri," katanya ketika merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Setiawangsa, di sini, Sabtu.

"Setakat ini Umno bahagian Setiawangsa telah menjalinkan kerjasama dengan pengetua dan guru-guru sekolah menengah, serta ibu bapa melalui (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) PIBG, untuk membincangkan masalah berkaitan pelajaran, selain mengadakan majlis sukan dan sosial untuk golongan muda" katanya.

Pada pilihan raya lepas, BN cuma memenangi satu daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu kerusi Parlimen Setiawangsa yang diwakili oleh Zulhasnan sendiri.

TP - Kesamarataan kaum? aku macam pernah dengar la ayat tu sebelum ni... kat mana ya?

ooo... kat ceramah Pakatan Rakyat... UMNO/BN ciplak la tu...

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?