Saturday, October 25, 2008

Lajim letak jawatan jika kalah ketua bahagian

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Lajim Ukin akan meletak jawatannya sekiranya beliau kalah dalam pertandingan merebut jawatan ketua Bahagian Umno Beaufort."Kalau saya kalah bertanding ketua Bahagian, saya rasa janggal untuk memegang jawatan timbalan menteri.

"Saya bukan gila kuasa. Tetapi lebih baik saya undur diri (letak jawatan) dan beri peluang kepada orang lain," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Beaufort hari ini.

Menurut Bernama lagi, Lajim akan berhadapan dengan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun, yang menyatakan hasrat untuk bertanding Ketua Bahagian itu, minggu lalu.

Ni saje nak glamour ke ape ni? aku macam tak caye je kenyataan nih... ala... kenyataan orang-orang UMNO/BN same je dengan kenyataan ungka... apa nak heran?

Strawberry mana?

1 comment:

  1. inilah kali pertama saya dengar satu keyataan yang jantan dari pemimpin BN.

    Kalau pun kenyataan itu mungkin ada udang di sebalik mee.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?