Sunday, October 12, 2008

Rege Minyak Dunia Sekarang

NEW YORK 11 Okt. - Harga minyak ditutup di bawah AS$78 setong (RM273.78) hari ini ekoran pelabur kini lebih bersikap pesimistik terhadap persekitaran ekonomi global yang dijangka menghadapi kegawatan.



Minyak mentah berkualiti Light Sweet untuk penghantaran bulan November ditutup rendah pada AS$77.70 (RM272.72) setong di New York Mercantile Exchange.



Ini merupakan harga terendah yang dicatatnya bagi kontrak hadapan sejak 10 September 2007.



Di London, minyak Brent rugi sebanyak AS$8.57 (RM30.08) untuk ditutup pada $74.09 (RM260.06) setong di ICE Futures Exchange.



Menurut penganalisis, harga minyak kini semakin murah diniagakan di pasaran antarabangsa sejak 13 bulan lalu dengan penurunan sebanyak 47 peratus daripada paras tertingginya yang menghampiri rekod AS$150 (RM526.50) setong, iaitu $147.27 (RM516.92) setong, pada 11 Julai lalu.



-Utusan Malaysia Online



TP - Harap semua rakyat Malaysia dapat bersabar... Pak-Pak Menteri Malaysia sedang "mengkaji" ke"MUNGKIN"an untuk me"NURUN"kan rege minyak di Malaysia...



Tapi sebelum tu depa kene carik otak depa dulu... dijangkakan masa yang "amat lama" diperlukan untuk mendapatkan semula otak depa...

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?