Monday, October 20, 2008

UPM Dapat Pembiayaan RM1.3 Juta Daripada Mitsubishi Untuk Tanam Spesis Pokok Hutan

KUALA LUMPUR, 20 Okt -- Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat pembiayaan sebanyak RM1.3 juta daripada Mitsubishi Corporation, Jepun untuk membangunkan model hutan yang ditanam dengan spesis pokok hutan asal dari setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan) Fakulti Perhutanan Prof Madya Dr Mohamad Azani Alias berkata tempoh pembiayaan selama lima tahun itu melibatkan penanaman 400 spesis pokok hutan asal di tanah seluas 27 hektar di kampus induk UPM Serdang dekat sini dan 47.5 hektar di kampus Bintulu Sarawak.

"Konsep penanaman hutan di sini ialah dengan menanam spesis yang jarang ditemui dan spesis endemic iaitu spesis yang cuma terdapat di negeri tertentu sahaja kerana masih banyak endemic di Semenanjung yang belum ditanam semula dalam program pemuliharaan tanah terbiar.

"Sehubungan itu, kita akan mengadakan upacara menanam pokok bagi Program Penyelidikan yang merupakan kerjasama antara UPM dan Mitsubishi di Serdang dan Bintulu masing-masing pada Sabtu dan Ahad ini," katanya.

Dr Mohamad Azani berkata pembiayaan kali kedua membuktikan keyakinan antarabangsa terhadap usaha Malaysia memelihara alam sekitar dan pemuliharaan tanah tersusut nilai.

Sebelum ini, katanya UPM dan Yokohama National University, Jepun telah menjalin kerjasama penanaman dan penyelidikan hutan sejak tahun 1990 dengan dana kali pertama daripada Mitsubishi Corporation berjumlah RM10 juta untuk penyelidikan pemuliharaan kawasan hutan seluas 47.5 hektar di sekitar kampus UPM di Bintulu.

Beliau berkata hasil program itu sebanyak 350,000 anak pokok dari 126 spesis pokok hutan di Sarawak berjaya ditanam.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?