Friday, November 21, 2008

18 sekolah bakal bergelap

Sebanyak 18 buah sekolah di negeri ini bakal bergelap selepas bil elektrik mereka yang mencecah RM122,811.70 tidak dijelaskan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak dua tahun lalu.

Semua sekolah terbabit juga telah menerima surat pemotongan daripada TNB dan diarah menjelaskan tunggakan tersebut, sedangkan bil-bil atau baucar berkenaan sudah diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) untuk tindakan sebelum ini.

''Saya telah bercakap dengan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan beliau akan mengadakan mesyuarat khas untuk meneliti bagaimana tunggakan itu boleh menjadi begitu banyak dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya," kata beliau kepada pemberita di Wisma MCA di sini hari ini.

TP - hah? bil api tak bayaq? mana pi duit peruntukan? dah habis kene tibai ka? menteri pelajaran? Awww...!!! u jangan la kacau dia u... dia tengah siasat video sajak kematian u... awww...!!!

U jangan la bagi pening lagi kepala Sham Kris... Awww...!!!

1 comment:

  1. Jika perkara ini betul, inilah yang amat memalukan. Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa mesti beri peluang kepada pembangkang untuk melihat satu demi satu kepincangan yang berlaku? Takakn tak tahu mereka sentiasa memerhatikan gelagat kerajaan. Jadi, sepatutnya isu bil elektrik tak bayar tak patut berlaku...Memalukan kerajaan BN je...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?