Kerajaan dijangka mengumumkan harga runcit baru bagi petrol dan diesel buat kali kedua pada bulan ini selepas penurunan terakhir Selasa lalu.
Ketika membayangkan kemungkinan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pengumuman berkenaan dijangka dibuat sebelum mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dijadual pada 1 Disember.
''Sebelum mesyuarat ini, saya akan cuba untuk bincangkan supaya kita boleh turunkan sekali lagi (harga minyak) untuk bulan November ini. Kami akan putuskan, sudah tentu akan ada keputusan mengenainya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Kenyatan Mahfuz sebelumnya -
"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.
Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.
memang patut pun kalau regha minyak ni turun.. patutnya kerajaan buat kebajikan kepada rakyat.. ini rakyat plak yang buat kebajikan..
ReplyDeleteKerajaan dipilih untuk menjaga kebajikan rakyat!
ReplyDeleteBukan sebaliknya.
Kalau gitu.
Macam hamba abdi nak pilih tuan la pulak...
tak do kojo cari kojo.
dah elok tak bertuan nak cari tuan...
Kalau ada penjaga tapi serupa tak de baik tak payah ada.
Penghujung tahun ni memang musim 'turun' kot. Jika harga minyak akan diturunkan lagi, Alhamdulillah. Lagi banyak turun, lagi bagus. Terasa sikit turunnya tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, setakat ni dah 5x turun dah. Dan akan turun lagi awal bulan Dec ni. Syukur...
ReplyDelete