Kira-kira 70,000 nelayan di negara ini diberikan amaran agar tidak menyertai mogok anjuran DAP bulan depan berhubung beberapa tuntutan, termasuk mengurangkan harga minyak subsidi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Karim berkata parti pembangkang itu ingin menjadi jaguh kepada nelayan tetapi tidak pernah berusaha membangunkan industri perikanan negara, lapor Bernama.
"Kita mengingatkan para nelayan agar tidak terbabit dengan mogok pada 12 Disember ini dan jika ada pihak yang terbabit, kerajaan tidak
akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menarik balik semua keistimewaan dan subsidi yang telah kerajaan beri," beliau dipetik sebagai berkata.
Baru-baru ini anggota parlimen DAP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen mengemukakan usul berhubung empat tuntutan iaitu menurunkan harga minyak subsidi kepada RM1.00 seliter (kini RM1.43), mengurangkan pencerobohan nelayan asing, ramai nelayan didakwa belum menerima elaun sara hidun RM200 sebulan dan mahu Zon A dan Zon B perikanan dibuka kepada nelayan asing.
Bagaimanapun usul tergempar DAP telah ditolak oleh yang dipertua
Dewan Rakyat.
Rohani berkata kerajaan BN telah banyak memberi keistimewaan kepada nelayan khasnya bantuan subsidi seperti elaun sara hidup RM200 sebulan termasuk awak-awak, subsidi petrol dan diesel, insentif 10 sen setiap kilogram hasil tangkapan dan banyak lagi bantuan lain.
Tambahnya, menurut agensi berita itu lagi, apa yang dinikmati oleh nelayan di Malaysia ini "mungkin tidak dinikmati oleh nelayan lain di dunia termasuk di negara maju."
Menurut Rohani lagi, kerajaan tidak memberi subsidi kepada
semua pemohon kerana latar belakang mereka perlu diteliti untuk memastikan mereka betul-betul layak mendapat bantuan.
Nelayan yang belum menerima sebarang insentif kerajaan diharap dapat bersabar kerana proses mengeluarkan bantuan mungkin memakan sedikit masa, tambahnya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Memang patut pun nelayan tidak sertai mogok. Ia hanya menyusahkan diri sendiri. Jangan terpedaya dengan agenda-agenda pembangkang...
Post a Comment