KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Allahyarham Datuk Sirajuddin Mohd Rafia, 59, yang meninggal dunia malam tadi akibat sakit jantung kerap melakukan solat sunat Tahajud dan banyak membaca Al-Quran kebelakangan ini.
Balu Allahyarham, Datin Siti Zaleha Rahian Abdul Halim, berkata suaminya banyak melakukan solat-solat sunat serta kerap menziarahi sahabat handai.
"Malam tadi semasa saya dan suami menghadiri kenduri doa selamat seorang rakan di Taman Keramat, Allahyarham tiba-tiba sesak nafas lalu rebah," kata Siti Zaleha ketika ditemui selepas pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridhwan, Hulu Kelang, di sini.
Siti Zaleha menyifatkan Allahyarham seorang yang baik hati dan suka bertolak ansur dengan anggota keluarga dan kenalannya.
Allahyarham Sirajuddin, bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan telah berkhidmat hampir 34 tahun selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi Ahad.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia antara sembilan dan 26 tahun.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?