Cukup-cukup aku tak paham dengan puaka-puaka UMNO/BN ni. lepas sorang-sorang pemimpin yang bawa watak Islamik cuba dikaitkan dengan Yahudi.
Kalau dari tahun 1998 sampai sekarang kita dimomokkan dengan cerita Anwar ejen Yahudi, bermula dari hari ni, ada pulak puaka-puaka UMNO/BN yang cuba kaitkan Barrack Obama pulak dengan Yahudi.
Semuanya aku perasan dari blog ANGIN PERUBAHAN yang sememangnya taksub pada UMNO/BN.
Tajuk entri dalam blog tersebut Obama Dipengaruhi Israel?korang boleh baca sendiri entri tu dengan menklik tajuk entri tersebut.
Aku tak tau gambar yang diattach dalam entri tu dan berita-berita yang dikaitkan dengan Obama tu betul atau tidak sebab tak banyak sangat yang aku tau tentang Obama.
Aku jugak tak tau setakat mana Islamiknya Obama dalam diri dan setakat mana Islamiknya pemerintahan yang bakal dibawa oleh Obama. tapi aku rasa dalam hal ni, agak keterlaluan untuk sesiapa melabelkan atau mengaitkan Obama dengan Yahudi.
Jadi aku cuma tunggu dan lihat.
Yang aku peliknya bagi pihak puaka-puaka UMNO/BN ni ialah betapa nampak sangat sikap "anti Islam" depa ni.beragama Islam tapi macam anti sangat dengan sebarang pembawakan yang nampak Islamik.
Bagi puaka-puaka UMNO/BN ni, sesiapa saje yang dianggap menonjol sifat Islamiknya dan juga ketokohannya, akan dikaitkan dengan Yahudi.
Apa masalah puaka-puaka UMNO/BN ni sebenarnya? aku tak paham... depa ni nak sokong usaha-usaha pengembangan Islam atau depa ni nak sekat pengembangan agama Islam?
Apa yang depa takut sangat dengan ciri-ciri Islamik seseorang pemimpin tu? agama apa depa ni sebenarnya?
Kenapa takut sangat dengan keislamik seseorang?
Info-info yang puaka-puaka UMNO/BN ni publishkan dekat blog ni pulak yang aku tau sama dengan apa yang dipublishkan oleh parti Republikan di Amerika masa tempoh kempen tempohari...
Siapa dibelakang parti Republikan selama ni? kenapa puaka-puaka UMNO/BN ni berminat sangat mengpublishkan maklumat-maklumat dari pro Republikan dekat Malaysia ni?
Siapa sebenarnya pro Yahudi? Siapa sebenarnya yang cuba menyekat pengembangan Islam?
Biasalah bro!!!! tuan tanah blog anginperubahan tu kan penolong pengarah BTN putrajaya, jadi tak hairanlah kalau nak kaitkan dengan sapa2pun....kalau tak caya, taip saja nama tuan tanah ni azrinizam ibrahim..cari kaitan dengan btn, confirm jumpa...tq!
ReplyDeleteSalam Bro,
ReplyDeleteSusah nak kita pastikan kompas OBAMA ni dalam negara Amerika Syarikat.. dah sejarah kerajaan negara ni yang cukup dengan misterinya......
Ape taknya nama ja ada Presiden tapi yang control ekonomi, politik dan sosial Amerika orang ape paham-paham ja lah. Sumandak yakin ni semua YAHUDI punya negara......
Kalo OBAMA berjaya bawa arus pembaharuan dalam politik AMERIKA satu keunikan ataupun kalo dia tak ikut confirm OBAMA akan bertemu dengan JFK.. dengan kesudahan yang penuh tragis......
Salam saudara,
ReplyDeleteSememangnya sesiapa saja yang menjadi presiden amerika tidak boleh lepas dari pelobi-pelobi yahudi. Memang yahudi mempunyai pengaruh yang besar di dalam pemilihan presiden atau gobenor di amerika.
pendek kata orang yahudi adalah "King Maker" di sana. cuma sejauh mana Obama akan tunduk kepada pengaruh yahudi dan sedalam mana simpati Obama terhadap negara islam. Kita tunggu dan lihat.
Ya..kita tunggu dan lihat...Hidayah Tuhan ni bukan milik kita..apa2 boleh terjadi...yang penting kita berdoa selalu agar hidayahNya sentiasa bersama kita forever and ever....
ReplyDeleteSalam semua...
ReplyDeleteSetuju dengan Muntdweller... Presiden Amerika memang tidak terlepas dari cengkaman-cengkaman pelobi-pelobi Yahudi. Mungkin Obama juga begitu. Namun masih terlalu awal untuk kita melabelkan beliau sedemikian. Mungkin perubahan yang Obama nak bawa, betul-betul bebas dari pengaruh Yahudi... Mungkin juga tidak.. Sama-sama kita lihat... Kepada penulis, janganlah cepat gelabah...Rileks... Masih terlalu awal untuk menilai Obama ni Islamik atau tidak... Dalam dunia ni, apa-apa pun boleh jadi...