Mula-mula - Seorang Ahli Parlimen melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan masih gagal menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing yang sudah bertahun-tahun membelenggu negara ini.
Malah dengan nada berang, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menempelak Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad kerana memberikan jawapan terlalu panjang dan berjela-jela berhubung isu itu.
Jawapan Noraini berhubung soalan Mohamad Aziz - Kemasukan pekerja asing di negara ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad menjelaskan, rakyat seharusnya memahami konsep itu dan tidak meletakkan 100 peratus isu kebanjiran pekerja asing berpunca daripada kementeriannya.
Tegasnya, agensi di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen sendiri memainkan peranan utama dalam memastikan malah mengawal kemasukan setiap pekerja asing.
''Isu kebanjiran ini menjadi skop kuasa KDN. Kita tidak ada kuasa untuk mengawal keluar masuk pekerja asing yang bekerja di sini.
''Masyarakat perlu faham sempadan kuasa setiap kementerian malahan kita sendiri tidak tahu mengapa kebanjiran serta kelonggaran kawalan kemasukan pekerja asing ini boleh berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Syed Botak pulak habaq - Kerajaan tidak wajar dijadikan sasaran kritikan ekoran masalah kebanjiran pekerja asing sedangkan sebenarnya ia dicetuskan oleh kehendak pihak majikan sendiri yang masih terlalu bergantung kepada sumber tenaga negara luar.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, masalah itu juga bukan disebabkan kerajaan tidak bertindak mengurangkan kelulusan permit kemasukan pekerja asing.
Sebaliknya, kata beliau, ia berpunca dari tindakan majikan yang mencari jalan mudah dengan membawa masuk pekerja asing secara haram jika permohonan mereka tidak diluluskan.
''Isu pekerja asing terlalu banyak tumpuannya sehingga dikatakan seolah-olah KDN menjadi punca sebenarnya. Sebenarnya sejak saya masuk (memegang portfolio KDN), permit telah banyak dikurangkan.
''Ini bukan masalah kerana kerajaan tidak kurangkan tetapi apabila dikurangkan (kemasukan pekerja asing), dia (majikan) bawa masuk pekerja haram pula, kita ada 1.2 juta pekerja haram, cuba anda beritahu saya siapa yang membawa masuk mereka itu," katanya.
Aku pulak habaq... ye la... tak de sape yang salah... semua baguih... semua wat keje ngan "telus"... kerajaan baguih... menteri baguih... semua baguih...
Lembu sungguh depa ni...
Kalau masalah lagu ni pun nak bertolak hang aku...nampak tau buat keja...!!!Elok je lah bagi kat orang lain pulak yang nampak2 layak dari rumpun BN tu..tapi dok tingok2 2x5 juga nye...Masyukkkk lah katakan...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Wr,Wb
ReplyDeleteNampaknya menteri kat Malaysia ni dah ikut selera masing-masing untuk menjawab soalan,semua selera depa ni dah tak boleh pakai sebab tidak bertanggungjawab
Jawapan mereka macam nyanyian katak panggil hujan, akhirnya 'MEMANG SETIAP MANUSIA KENA CARI MAKAN"
Salam semua,
ReplyDeleteDepa ni dah balik ke zaman budak sekolah pulak. Hang kata aku, aku kata hang.
Akauntabiliti tak dak lansung, macam ni punya muka pi angkat jadi Menteri, haru... haru... elok jadi menteri jaga jamban lagi baguih la... sekali masuk jamban kutip RM0.30 kupang. Hampeh
Memang sepatutnya kita tak boleh salahkan kerajaan atau kementerian tertentu seratus 100% kerana kemasukan pendatang asing ke negara kita adalah atas permintaan yang tinggi oleh majikan-majikan. Ini disebabkan oleh kos upah pendatang asing lebih murah berbanding kos upah rakyat tempatan. Kebanyakan majikan lebih selesa mengambil pekerja asing.
ReplyDeleteaku tak nak ulas tentang kenyataan dari menteri-menteri tu.sbb aku pun pening baca kenyataan dorang la.haha.
ReplyDeletetapi nak salahkan kerajaan 100% pun tak boleh jugak pasal kebanjiran warga asing ni.orang kita gak yang salah.orang kita sendiri yang menjadi dalang kemasukan warga asing ke Malaysia.orang kita juga yang mahukan khidmat warga asing sebab mereka "no hal" dalam menerima gaji yang murah.
Arghhhh...sudahlaaa. anak dah kena tibai dengan bangla baru lah terhegeh2 nak buat akta ni, akta tu... penipu punya menteri
ReplyDeleteaku bukan racist.aku bukan juga xenophobia.tapi dah ramai sangat warga asing yang berada di negara kita.sampaikan ada tempat dinegara kita dah "hilang identiti Malaysia"nya.
ReplyDeletekalau pada awal-awal dulu warga asing terdiri dari warga Indonesia.sekarang ni bermacam-macam warga asing dah wujud di Malaysia.dan ramai yang menetap di Malaysia lebih dari had tempoh yang dibenarkan dan ramai yang datang secara haram.mereka berkerja dalam pelbagai sektor.dari yang halal ke non-halal semuanya ada.
kita juga patut juga membendung warganegara Malaysia yang menjadi pendatang haram dinegara-negara luar.
Alamak tengok muka pun dah naik Loya...apahal pun aku tak tahu..
ReplyDeleteRasanya selagi ambik komisyen atas satu kepala pendatang tu...selagi tulah masalah tu tak dapat diselesaikan...apahal si"kat atas tuh!" menunjukkan kebangangan berterusan nih! Menteri tuh sapa pilih tuh! mana punya rakyat pilih tuh jadi Menteri...Menteri Malaysia ke dia tuh! atau pusher pendatang asing? Confius...confius!
Lantik Samad(atas tuh) jelah jadi Menteri...Menteri pengampu KERAjaan