Thursday, November 27, 2008

Tetapkan gaji minimum pekerja

Kerajaan disaran menetapkan gaji minimum pekerja di sektor-sektor ekonomi tertentu bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan para majikan di sektor seperti pembuatan, perladangan dan pembinaan mengambil pekerja asing dengan gaji jauh lebih rendah daripada pekerja tempatan.

‘‘Golongan majikan sekarang cenderung mengambil pekerja asing dengan gaji antara RM600 hingga RM900 sebulan bagi mengurangkan kos operasi syarikat terutamanya dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi global.

‘‘Pembayaran gaji yang rendah dan ketiadaan penetapan gaji minimum juga menyebabkan rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor perladangan sehingga kita terpaksa mengambil pekerja dari Indonesia dan India sebagai penoreh getah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

3 comments:

  1. majikan - mereka lebih suka ambil pekerja dari kalangan warga asing sebab mereka sanggup menerima gaji yang jauh lebih murah dari warga tempatan.

    warga asing - mereka tak kisah jika bergaji murah sebab dah jauh mereka merantau dan rugi jika tak bekerja.lagipun duit kita lebih besar dari mereka.kalau ditukar RM kepada duit mereka memang boleh dapat banyak.

    warga tempatan - macamana mereka mahu menerima gaji semurah warga asing kerana kos hidup kini sangat tinggi.majikan pastilah mahu berjimat dan ambil pekerja warga asing yang boleh dibayar gaji murah.

    ReplyDelete
  2. susah sebenarnya nak "beat" warga asing bila bab gaji.mereka sanggup menerima gaji yang murah dan tak berkira dalam soal bekerja.kalau kerja berat sekalipun mereka sanggup.mananya tak sanggup kalau datang ke Malaysia sehelai sepinggang dan sanggup bergadai nyawa.

    ReplyDelete
  3. Kesanggupan warga asing untuk bekerja di sini memang tinggi walaupun murah tetapi jika dibandingkan dengan nilai mata wang mereka jauh bezanya. Bayangkan ada yang sanggup mengambil risiko berhimpit-himpit naik tongkang semata-mata untuk bekerja di sini.Itulah kisah kesanggupan mereka. Berbalik kepada isu majikan yang suka mengambil pekerja asing, ia memang tidak dinafikan kerana dengan mengambil pekerja asing, kos upah boleh dikurangkan. Sekaligus boleh memberi lebih keuntungan kepada majikan. Walaubagaimanapun, ia harus dipantau kerana kebanjiran pendatang asing di negara kita agak tinggi dan ada yang menyumbangkan peratus kepada kes-kes jenayah di sini...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?