Bukanlah niat penulis ingin menyebarluaskan filem ini, namun penulis ingin memaklumkan bahawa kini di Malaysia golongan ini telah berani menonjolkan diri mereka kepada rakyat tentang keberadaan mereka di Malaysia. Mereka mahukan pengiktirafan golongan homoseksual dalam sebuah negara sepertimana menjadi tuntutan golongan ini di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Lihat saja dalam ucapan Presiden Barack Hussein Obama. Acap kali memulakan ucapan, tak pernah tinggal ucapan kepada golongan homoseksual ini.
Di Malaysia, golongan ini mula berani menunjukkan belangnya. Penulis kecewa apabila filem pendek ini ditayangkan sekaligus membuktikan bahawa golongan homoseksual ini memang wujud dan aktif gerakannya. Buktinya dengan pembikinan filem pendek ini. Perkara ini walaupun hanya sekadar filem, penulis gusar kemungkinan besar aksi yang lebih berani akan dilakukan oleh golongan seperti ini. Sangat mengecewakan. Hukum golongan homoseksual dan lesbian telah dinyatakan oleh "Supriadi*, dalam tulisannya sudah dijelaskan tak ada perbezaan tentang hukum homoseksual dan lesbian dari para ulama fikih. Bahkan yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Semua mengatakan, hukumnya haram. Perbezaan hanya pada soal bentuk hukuman.
Mudah-mudahan kita menyedari tentang keberadaan golongan. Jika anda ingin hidup selamat di dunia dan bahagia di akhirat hendaklah kita sensitif dengan perkara ini. Carilah ilmu di dada moga ia memagarkan diri daripada jatuh ke jurang yang binasa. Hiasilah imanmu dan keyakinan anda dengan agama Islam secara totally dan diimplementasiakan dalam kehidupan harian. Jadikanlah nasihat itu satu budaya di kalangan umat Islam semoga dapat mengelakkan perkara seperti ini tidak berlaku dalam komuniti berhampiran dengan diri kita. Inilah kasih-sayang sesama islam.
*Beliau merupakan mahasiswa Program Doktor di Universiti Islam Omdurman Sudan, Fakulti Syari’ah dan Qonun Jurusan Ushul Fikih. Sekarang berdomisili di Kairo Mesir. Sila lihat : http://www.gaulislam.com/homoseksual-dan-lesbian-dalam-perspektif-fikih-2
-Tintaku Dinamika RMD56
4 comments:
homoseks wujud,
lesbian wujud,
tomboy wujud,
pengkid juga wujud,.
semua masalah tu serius,.tapi paling serius ialah homoseksual
ia melibatkan golongan atasan,artis,profesional,..dan yg paling keji,.PEMIMPIN MASYARAKAT,.
video You Tube tu tak payah tunjuk pun takpe...ulasan dan penjelasan dah cukup. kadang2 kita rasa kita ni baik sgt tapi muhasabah molek2... baik sgt ke kita? manusia ingkar yg homoseks, gay, lesbian ntah ape benda lagi tu mmg dah jadi makhluk laknatullah. tapi kita ni yg masih berakal budi, kalau tak mampu nak cegah mereka jangan laa pulak menambah dosa dgn letak video yg ntah ape2 ntah tu. mengundang maksiat. Topeng Perak, saudara kena muhasabah balik.
golongan2 yg mengikut hawa nafsu dan derhaka kpd Allah swt ni patut ke diberi ruang bergerak subur di negara kita. Mereka berani skrg krn mungkin ada pihak2 dblkg mereka yg menyokong mereka.
Jaringan dan pemikiran yahudi zionis antarabangsa berjaya memasukkan jarum mereka setelah sekian lama bertapak di negara kita. Pmikiran mengenai kebebasan dan demokrasi disalahguna. Sebagai orang islam kita wajib menentang mereka dgn cara apa skalipun.
subhanallah... aku paling benci golongan2 terpesong ni...
Post a Comment