- "Bagaimanapun, kerajaan negeri telah memutuskan untuk meningkatkan tahap penguatkuasaan bagi memastikan minuman beralkohol tidak dijual kepada orang Islam dan belia di bawah umur 18 tahun - Abdul Khalid Ibrahim
Ini bermakna, bermula dari Januari 2009, menuman beralkohol hanya boleh dijual dan dibeli oleh mereka yang berumur lebih dari 18 tahun dan juga yang bukan beragama Islam sahaja sesuai dengan kehendak dan ajaran agama Islam bagi mereka yang beragama Islam.
MB Tan Sri Khalid Ibrahim berkata dalam satu sidang media bahawa Kerajaan Negeri tidak akan mengambil tindakan drastik keatas pengharaman minuman beralkohol di Selangor sebaliknya pengharaman minuman beralkohol tersebut hanya meliputi kepada mereka-mereka yang beragama Islam sahaja tetapi tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam asalkan mereka telah melepasi umur 18 tahun.
Berkenaan penjualan minuman beralkohol pula Tan Sri Khalid menjelaskan bahawa ianya hanya boleh dijual kepada mereka yang berumur lebih dari 18 tahun tidak kira untuk mereka yang beragama apa sekalipun.
Katanya lagi, walaupun kerajaan negeri prihatin dengan kebimbangan sesetengah pihak berhubung pengambilan alkohol, ia tidak akan mengambil tindakan drastik menghadkan penjualan secara menyeluruh.
Ini bermakna, apabila perkara tersebut dikuatkuasakan pada bulan januari 2009, minuman beralkohol hanya boleh dijual kepada mereka yang bukan beragama Islam sahaja manakala bagi yang bukan beragama Islam pula, tidak menjadi halangan untuk mendapatkan minuman tersebut dengan syarat mereka telah melepasi umur 18 tahun.
Langkah ini diambil sesuai dengan kehendak dan ajaran agama Islam yang mengharamkan pengambilan minuman beralkohol dan juga tidak akan menganggu ajaran agama lain yang membolehkan.
Diharap tidak ada pihak yang akan keliru dengan penjelasan tersebut.
5 comments:
This is a very good move indeed considering the fact that there's a lot of young teenagers, under 18, are now buying alcholic beverages with ease.
And same goes to the muslim people.
I've seen them sipping loudly without any remorse feelings.
saya ada satu cadangan.bagaimana kalau kita mengenakan hukuman kepada orang Islam yang minum arak?.mungkin hukuman seperti denda atau mebuat kerja-kerja amal.ataupun mungkin dikenakan hukuman yang lebih berat.tetapi kerajaanlah yang fikirkan hukuman berat itu bagaimana.hehehe.
tapi saya setuju dengan larangan menjual arak dan rokok kepada umur dibawah 18.
To #####, bukan sahaja kepada yg bawah umur 18 tahun TAPI kepada orang yg beragama Islam! tak kiralah dah tua bangka tak sedar diri ke atau kepada muda-mudi asal dia Islam TAK BOLEH BELI!!! lainlah kalau kau rasa kau tu Melayu tapi ugama bukan Islam...itu No komen! larangan tu mencakupi kepada Menteri Islam sekali...terutama Menteri yg kena report mabuk dan meraba tuh!!!
Kalau kerajaan negeri dah keluarkan peraturan tentang penjualan arak tu.. maka orang pejabat ugama selangor mestilah kena buat kerja memantau tentang penjualan arak tu.
Pastikan peniaga tidak menjual arak kepada orang Islam dan dibawah umur 18 tahun. Jangan hangat hangat tahi ayam saja...
Orang yang bekerja dipejabat agama islam jangana nak makan gaji buta saja..
Ya..Cakap anonymous tu ada benarnya...jangan makan gaji buta...jangan jadi macam orang2 umno/bn dulu yang telah sign dan sokong mereka melalui pilihanraya then depa 'sign' untuk membina syarikat arak terbesar tu...Jenuh nak menjawab nanti...kat SANA...yang undi...yang diundi...yang sign benarkan terbina nya kilang arak tu...Hiss wa tak sanggup...
Post a Comment