Saturday, November 01, 2008

Ir Nizar: Perundangan Islam Sedia Ada Perlu Diubah

Kerajaan Negeri Perak hari ini mengakui kesukaran untuk menguatkuasakan undang-undang Islam kerana ia memerlukan perubahan terhadap sistem undang-undang sedia ada di semua peringkat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata perubahan itu juga memerlukan kajian dan perbincangan di semua peringkat terlebih dahulu tetapi sehingga kini belum ada perbincangan seumpama itu.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita kenapa kerajaan negeri tidak menguatkuasa undang-undang Islam bagi menangani gejala maksiat yang membabitkan umat Islam yang mengunjungi rumah urut dan kelab-kelab malam.

Beliau berkata banyak kajian yang perlu dibuat bagi mengekang tabiat orang Islam yang melakukan maksiat dan mengunjungi kelab-kelab malam serta rumah perjudian.

"Saya serahkan kepada semua persatuan yang berlandaskan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat perbincangan bagaimana caranya untuk melaksanakan sistem perundangan ini.

"Banyak kejadian yang tidak diingini berlaku berpunca dari tabiat meminum arak, main judi hinggakan suami sanggup memukul isteri gara-gara tidak sedarkan diri," katanya.

Mohammad Nizar yang baru melawat Pakistan minggu lepas berkata bandar raya Lahore yang mempunyai berjuta penduduk beragama Islam juga masih gagal menggunakan sistem perundangan Islam sepenuhnya.

"Di Lahore yang hampir seratus peratus penduduknya orang Islam juga masih menghadapi masalah untuk melaksanakan hukum yang sepatutnya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?