Saturday, November 01, 2008

Projek Saluran Gas Kimanis Ke Bintulu Diteruskan

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata projek pembinaan saluran gas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu di Sarawak akan diteruskan.

"Ya, projek ini diteruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status terkini projek berkenaan berikutan gesaan beberapa pihak termasuk presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok sebelum ini supaya projek itu diberhentikan segera.

Menurut Dompok, gas itu amat diperlukan dan sepatutnya digunakan di Sabah untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan membangunkan industri hiliran seperti industri urea dan plastik selain digunakan dalam penjanaan tenaga elektrik di negeri ini.

Abdullah berkata kerajaan akan memastikan gas bagi keperluan Sabah diperuntukkan secukupnya dan stesen janakuasa akan dibina di negeri itu.

Mengenai kebimbangan sesetengah pihak bahawa Sabah tidak akan mendapat apa-apa hasil kalau semua gas dihantar ke Sarawak, Abdullah berkata tanggapan itu tidak betul.

"Apa yang kita dapat dari Sabah...Sabah lah yang dapat sebagaimana yang ditetapkan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?