Thursday, November 06, 2008

Isu 'anak haram': Pembangkang gesa Tajudin kena tindakan

Penggunaan perkataan 'bastard' (anak haram) oleh Datuk Tajudin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang dilemparkan terhadap M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) di Dewan Rakyat semalam terus menjadi isu yang dimainkan ahli Parlimen pembangkang hari ini.


Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Barat) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memberi perhatian serius terhadap isu ini kerana tindakan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu dianggap menyalahahi peraturan mesyuarat.



"Semalam Pasir Salak kata 'bastard' dua kali kepada Ipoh Barat, macam mana kita boleh benarkan perkara ini berlaku?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.



Beliau mahu Perdana Menteri memastikan supaya tindakan Tajudin itu tidak terus berulang pada masa akan datang.



Semalam, dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2009, Tajudin melemparkan perkataan kesat itu setelah Kulasegaran mendakwa bahawa masyarakat India di kawasannya 'benci' kepadanya.

2 comments:

  1. Memang ia satu situasi yang tidak sepatutnya berlaku walaupun bukannya tak pernah berlaku sebelum ni. Cuma, mungkin inilah permulaan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli Dewan yang menggunakan kata-kata kesat dan lucah di dalam dewan. Kalau tak mula dengan kes ini, bila lagi nak mula, ye tak? Bukan apa, kalau tak ambil tindakan, nanti pembangkang dok mengata pula. Eloklah diambil tindakan...

    ReplyDelete
  2. mana-mana ahli parlimen yang ucapkan perkataan-perkataan tak senonoh eloklah dikenakan tindakan.tak kiralah pembangkang atau pemerintah.dewan parlimen bukan tempat untuk mencarut-marut dalam berbahas.

    lepas ni kalau ada ahli parlimen PR yang cakap tak senonoh dalam dewan,Lim Kit Siang kena bangun juga untuk ahli parlimen tersebut dikenakan tindakan.boleh?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?