Thursday, November 06, 2008

Kutipan Zakat Meningkat 20.35 Peratus Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Jumlah kutipan zakat di seluruh negara pada tahun lepas meningkat sebanyak 20.35 peratus kepada RM807.1 juta berbanding RM670.6 juta pada tahun 2006, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kutipan pelbagai zakat hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri selaras dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan iaitu hal ehwal pengurusan agama Islam adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

Ahmad Zahid berkata bagi memudahkan orang ramai menunaikan kewajipan berzakat, Majlis-Majlis Agama Islam Negeri menyediakan pelbagai kemudahan termasuk potongan gaji bulanan, pembukaan kaunter dan kemudahan kiosk.

"Bayaran zakat melalui bank-bank boleh dibuat menerusi pelbagai kemudahan canggih yang disediakan termasuklah bayaran melalui kaunter bank, internet, ATM, phone-banking dan sistem pesanan ringkas," katanya menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata kemudahan itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa berlandaskan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi serta kemampuan kewangan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri.

Katanya beberapa usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kutipan zakat termasuk pengutipan zakat daripada badan korporat selain memberi insentif kepada koperasi yang membayar zakat.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?